Hello guys, welcome to my blog. This blog only just for story morie about my happy or sad life
Cute Blue Bow Tie Pointer

What Was I Wrote





(My Dad)

(My Mom)

(My Brother)

(My Younger Sister)

(Foster Child)



Yana
(My Mind)

Wani
(My Mumy)

Wiwi
(My Soul)

Powered by Blogger.

KOTA PUTIH MERAH

(Entry Panjang, Kalau Bosan Jangan Baca)


Dari:

Bilik MA UTC------›Bilik Doktor Polikliknik------›Bilik ECG
------›Bilik Doktor Poliklinik------›Bilik Blood Test

Inilah perjalanan hidup di siang hari untuk penghulu segala hari... Kalau malam tadi tak boleh tidur.. dan akhirnya membawa diri ke Klinik 1 Malaysia di UTC Bandaraya Melaka iaitu ke Bilik MA. Bukan sekejap...tapi 40 minit duduk mengadap MA tu.. Punyalah banyak yang dia soal...punyalah berkali tekanan darah dan nadi yang dia ambil.. sampai dok nama aku, mak ayah aku bercinta dia tanya.. hahhaaa... Sabar je lah.. dalam hati dok kata cepatlaaaaaaaa............Tup-tup...lepas 40 minit..dia kata...kene refer  poliklinik tuk ambik ujian darah sebab suspect tetttttttt(rahsia)..Maka dengan rasa rendah diri dan berbesar hatinya...(terpaksa namanya) diangkutlah aku oleh 3 sahabat yang sudi menemani perjalanan ku ke KOTA PUTIH MERAH...

Okey...lepas duk cit cat (ade ke dia cakp "oh awak 9,4 yea? saya 5,4" --aku pun jawablah.."tapi saya 90" dia cepat2 jwb "saya 80 je" okey.........hint!!! jangan lama2!! hahhaa)"

Maka perjalanan menuju ke poliklinik menguji kesabaran yang amatlah sabar... Mana taknya.. sampai kul 2..tapi time tu waktu rehat.. tapi dalam surat tu kata "SEGERA" Nurse tu boleh cakap sekarang waktu rehat.. 2.45 nanti baru boleh.. okey find..then aku cakap lamanya..dia cakap jantung berdebar2 lagi ke??? weiii!! kalau jantung aku normal, buat pe aku nk datang..tak hengennnn aku!

Maka dengan rendah diri aku pun cakap, tak pelah..saya tunggu.. Bermulalah sesi tah apa2 aku dengan kawan2 aku buat..Sebelum sampai poliklinik, kiteorang nampak sebuah rumh ni haaa.....byk gilerr buah pelammmmm!! PEh ape lagi..Kerja gila datanglah!!...pit stop depan umh then muke toya bagi salam...pakat 3orang minta 3 biji buah pelam.....Okey..bab ni yang aku cm nak marah ni....adelah sorang pompuan dalam lingkungan 18 thun cam tu lah..kuar...peh!! Buat muke!! Mulut cakap ambiklah...tapi bila kiata org tanya nak ambik macam mana dia boleh cakap tah! then dia cakap ade ke mangga?? tukan pelam... okey... fine...kalau tak bagi sekali pun...(3biji je kot) cakaplah elok2..cakap maaf kak, buah pelam tu bukan rumh kami punya.. tu pun susah ke??" Kite orang tak heraaannnlaahhh! Takpe, bukn rezeki kami....Dan mungkin satu hari nanti...bila diaorang susah..time tu baru diaorang tahu macam mana rasanya... 

Eh! apa aku melalut dah niii.. Back to my story.. lepas bla dpd umh dak pompuan karek tu, aku dgn yang lelain pegi medan selera..mencekik dulu...Mana taknya semua dah kebulur!!! Lepas dok mencekik, patah balik Poliklinik then tgulah.....tunggu punye tunggu...3.20 kot baru panggil masuk.. Maka bermulalah episod 

Bilik Doktor Polikliknik------›Bilik ECG------›Bilik Doktor Poliklinik------›Bilik Blood Test

Penat ooo... Lepas satu, satu bilik kene masuk.. Korang tahu tak ECG tu ape??? ECG ialah singkatan bagi Electrocardiogram.. Apa tu ECG??




ECG (electrocardiogram) is a test that measures the electrical activity of the heart. The heart is a muscular organ that beats in rhythm to pump the blood through the body.

The signals that make the heart's muscle fibres contract come from the sinoatrial node, which is the natural pacemaker of the heart.

In an ECG test, the electrical impulses made while the heart is beating are recorded and usually shown on a piece of paper.

This is known as an electrocardiogram, and records any problems with the heart's rhythm, and the conduction of the heart beat through the heart which may be affected by underlying heart disease.

Paham tak ni?? Kalau tak paham pi google!
Okey lepas buat ECG, kene patah balik bilik doktor... alahai...tungu punya tunggu dan bila doktor tu kata, sekrang pegi buat blood test lak.. 

Aku punya penat.. Ya Allah..hanya Tuhan sahaja yang tahu... Pegi lah jalan hujung ke hujung...Dalam hati ni dah rasa gerun..yelah..sebelum ni ada pengalaman ambik darah tapi nurse tu salah pilih jarum dan salah cucuk...ambik kau kejang satu badan...paru2 sekali..nasib tak jalan je masa tu.. Tapi Alhamdulillah kali ni..nurse tu pilih jarum kecik(DR Private pun kata kena gune jarum kecik) Then semuanya sekelip mata..aku pun pejam mata toleh kanan..tak mau tgk..tak samapi 10 second dah siap...Aik!! kejap je??? Bila nurse kata dah boleh balik..tunggu keputusan je...aku apa lagi.....Berdesup cari kawan2...ajak balikkkk...

So..tunggulah..lagi 2 minggu keputusannya...mungkin masa tu aku kat rumah kot.. Papepun..doakanlah agar semuanya berjalan lancar tanpa perlu dibedah dan tidak perlu ada penyakit tersebut.. Aminnnn...

Jantung Berdebar??


Hampir  4 pagi...dan  keadaan diri memaksa untuk melakukan sesuatu yang bisa membuatkan minda relaks! Ye! Jantung saya tidak normal! Hampir 3jam keadaan ini berlarutan.. Puas cuba untuk relaks agar denyutan jantung kembali normal.. Agar mampu untuk baring dan tidur.. tapi...nampak gayanya semakin laju dan bermasalah.. Mengapa??

Lazimnya denyutan jantung berlaku disebabkan kita melakukan sesuatu aktiviti yang agak berat dan penat..Namun jika anda mengalaminya sewaktu hendak tidur, kemungkinan anda kekurangan sel darah merah dan mengalami keadaan stress. Adakalanya ia disebabkan oleh kebocoran salah satu rumah ijap jantung. 

Jika anda mengalami seperti apa yang saya alami sekarang..Cuba berhenti seketika daripada apa yang anda lakukan dan tarik nafas dalam-dalam. Selain itu, cuba untuk berjalan secara ulang alik bagi melancarkan peredaran darah agar oksigen sampai ke otak. Jika anda stress seperti saya, sila cuba untuk tidak panik, dan cuba untuk mengurangkan stress anda.. 

Harap sangat malam ni mampu tidur walaupun nafas ni berbunyi agak kuat...jantung dan asthma..=D sebati dengan diri... Okey, masa untuk cuba tidur.. esok kelas pagi...kerja pun bertimbun..

Selamat Malam..

Kursus Pra-Perkahwinan!



Dengan lafaz Bismillah.....Ini dia...... Kenapa secara tiba-tiba boleh post pasal kursus ni?? Okey, kalau pergi sekali pun bukan kita nak berkahwin sekarang.. tapi ianya memudahkan bagi future kite kan?..tengoklah..insyaAllah.. kalau kami lapang...kami pergi... 

GO GREEN!

GO GREEN!

Dua tiga menjak ni... sangatlah sibuk dengan segala kerja.. kira minggu ni dan minggu hadapan adalah hari2 dan waktu untuk menghabiskan segala presentation serta last paper work.. gamaknya begitulah yo.. Lepas balik cuti sempena Depavali, aku kira mungkin lepas ni masa akan banyak dihabiskan untuk sesi pembelajaran.. Sem ni kan target nak dekan.. yelah masa zaman diploma dulu sem 3 dan keratas lazimnya aku capai segulung sijil (DEKAN) Jadi sila lah doa-doakan.. Hati pun dah melepaskan dan sedikit tenang untuk belajar.. Tapi aku bukan nak cerita semua ni.. aku nak cerita pengalaman lepas aku masa event go green..  

Event ni melibatkan hampir 9 buah kelas dan hampir 9 buah bas juga lah..tapi kami dipecahkan kepada tiga kumpulan.. setiap kumpulan 3 kelas.. dan kumpulan kami ke SEKOLAH BUKIT BARU. Kalau nak tahu di mana lokasi?? google laaa.. =D.. Before event ni berlangsung, yes PM offer aku untuk jawatan leader.. tapi aku tolak sebab aku rasa sem2 lepas dah penah pegang, jadi aku bagilah kepada yang muda..Ala maklumlah akukan kakak dalam kelas.. =D Sila review tentatif dibawah: 

  6.45 am : Berkumpul
  7.30 am : Bertolak daripada UiTM Bandaraya Melaka 
  8.00 am : Tiba di Sekolah Bukit Baru
  8.15 am : Senam (Padang lecak, jadi kaki ayam)
  9.00 am : Bahagi kumpulan dan bersarapan
  9.15 am : Aktiviti dan kumpulan aku sesi gotong royong
11.00 am : LDK di bilik seminar
12.30 pm : Persembahan pelajar UiTM dan pelajar sekolah

Bagi sesiapa yang tidak tahu mengenai go green.. Silalah rajinkan diri anda untuk menelaah pakcik google.. Kami membuat aktiviti Community Service yang berkonsepkan Cintailah Alam Sekitar.. Jadi Sebahagian kumpulan kami menanam pokok dan sebahagian melakukan aktivti bergotong royong. Tapi malam sebelum pergi, kira satu malam tu aku tak tidur sebab bantu kawan buat maskot iaitu lebah dan pokok.. Bagi persembahan kelas, kelas aku buat flash mob. Jenuh jugalah nak berlatih bagi ingat step. Sudahnya time nak performance, tenaga dah tahap ultraman da... kecemasan..hihiiii. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. =) 

NI BUTTON YANG KAMI DAPAT

NILAH KUMPULAN SAYA






Kisah Selipar Cabuk Di Restaurant Arab!

~Kisah Selipar Cabuk Di Restaurant Arab~

sekadar gambar hiasan


Alkisah nak jadikan cerita malam ni sempena birthday walid, kami semua iaitu walid, bonda, along, kak ain, aku dan iz kami semua ke restaurant pak arab iaitu Madinat Hadramawt.  Kira okey la...cume mungkin selera tak sesuai tuk walid.. Lepas kenyg masuk kereta, selipar seblh boleh tertingl luar kereta.. puas abah along dgn iz cari dalam kereta masa lepak kt dataran.. siap diaorang gelak2kan.. rupenye2 tertinggal depan restaurant arab! hahah.. siap beli selipar baru..sebab seblah je ada..sebelah lagi kaki ayam.. Sorry gmbar tak de.. sebab kat phone sister in law.. =) papepun memang aku kene gelak sakan dengan diaorang semua.. Pengajaran.. lain kali jangan suke pakai selipar kalau dah tahu kaki tu kalau masuk kereta terus bersila..selipar hilang pun tak perasan.. hahah

XOXOXOXOXD

Hadiah Buat Walid

p/s: Sila angkat angkat tangan anda:

~"Ya Allah ya tuhanku, aku bermohon kepada Mu, limpahkanlah kasih sayang Mu kepada walidku Tamam Bin Muslim, dan kurniakanlah beliau tempat di syurga Mu. Khusyukkanlah solatnya, sempurnakanlah ibadatnya, jaga dirinya, Ya Allah, permudahkanlah juga setiap urusan hidup walidku. Ya Allah, berikan walidku kesihatan yang berpanjangan serta rezeki yang mewah dan halal di sisi Mu Ya Allah. Ya Allah, aku anaknya sangat menyayangi walidku. Ya Allah perkenankanlah permintaan hambaMu ini Ya Allah"~

Tanggal 16 November 2012 genap usia walid yang ke 51. Alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran buat walid.  Tiada hadiah yang semahal daripada perkataan dan ucapan buat walid untuk aku balas segala jasa-jasanya.. Alhamdulillah parker fountain pen berukiran nama walid ~Tamam Muslim~ menjadi pilihan buatku bagi hadiah walid tahun ni.. Semoga walid suka.. Aku sayang walid.. 


p/s: InsyaAllah Vios buat walid sempena ulang tahun kelahiran yang ke 55 nanti.. + pakej umrah buat bonda dan walid.. Doakan..

iStaNbUL aKu dAtaNg!


Sebuah filem yang aku kira sangat hebat dan sangat awesome untuk ditonton bersama teman-teman.. Yes! Sabtu lepas aku dan yang gurlis2 ke Jusco Melaka Raya untuk kami semak berapa rating filem ni. Ternyata bagi aku ianya sangat-sangatlah mantap! For your information, aku tak layan malay film.. but..this one sunggu2lah best! Aku siap menangis kot.. Yela...macam lebih kurang sama je..kan..ahakkkss! jangan diingat kisah lama.. =) lupakan.

Okey.. aku suke filem ni sebab story line dia rafidah yang tulis. Seriously first time aku kira malay film yang punyai story line pling best! ahakss! =) terlebih puji sudah.. Sasaran bagi filem ni memang khas untuk WANITA.. ni rafida yang kata okey.. tapi kalau nak dikatakan.. LELAKI pun boleh layan filem ni.. sangat romantik dan funny! Apa yang tak disangka, cerita ni macam fresh taw seban ada tomok dan aizat yang first time berlakon. Seriously watak tomok menjadi.. dan off course laa watak lisa yang comel lagi lah cun tu mantap!!! hahahahaha.. dan cerita ni ada moral of the value.. kira ada pengajaran lah.. nak tahu apa pengajarannya??

Yang pertama, dalam perhubungan perlulah JUJUR! Yang ke dua, jangan mencari kesalahan pasangan anda untuk dijadikan alsan bagi anda memutuskan perhubungan.. tetttttt.. ( ni mcm kau lah wan!)opppss!! sorry! Yang ke tiga, jangan cepat salah faham dengan pasangan anda..dengar dahulu penjelasan pasangan anda..sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian?? nasi dah jadi buburlaa gamaknya...Then, in this story, kite boleh lihat yang kalau kite di luar negara sekali pun, bukan nya lesen untuk kita tinggal dengan pasangan yang belum halal bagi kita.. 

Oklah...sebenarnya cerita ni dah lapok da..yela...hari ni dah selasa..bape hari dah yang lepas.. tapi hari ni baru sempat aku tulis..maka bagi siapa yang belum pergi menonton filem ni.. JANGAN LEPASKAN PELUANG! ahakksss!! serious sangat lah best!! bubye XOXOD =)


Friends


 


"Barang siapa mengkhendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa mengkhendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,sesungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkhendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya"


kenapa...kenapa aku mimpi dia..gambar2 aku digantung dengan banyak..kenapa? Kenapa mesti aku igt lagi siapa dia? hidup dengan rasa yang begini menyeksakan....