GO GREEN!
Dua tiga menjak ni... sangatlah sibuk dengan segala kerja.. kira minggu ni dan minggu hadapan adalah hari2 dan waktu untuk menghabiskan segala presentation serta last paper work.. gamaknya begitulah yo.. Lepas balik cuti sempena Depavali, aku kira mungkin lepas ni masa akan banyak dihabiskan untuk sesi pembelajaran.. Sem ni kan target nak dekan.. yelah masa zaman diploma dulu sem 3 dan keratas lazimnya aku capai segulung sijil (DEKAN) Jadi sila lah doa-doakan.. Hati pun dah melepaskan dan sedikit tenang untuk belajar.. Tapi aku bukan nak cerita semua ni.. aku nak cerita pengalaman lepas aku masa event go green..
Event ni melibatkan hampir 9 buah kelas dan hampir 9 buah bas juga lah..tapi kami dipecahkan kepada tiga kumpulan.. setiap kumpulan 3 kelas.. dan kumpulan kami ke SEKOLAH BUKIT BARU. Kalau nak tahu di mana lokasi?? google laaa.. =D.. Before event ni berlangsung, yes PM offer aku untuk jawatan leader.. tapi aku tolak sebab aku rasa sem2 lepas dah penah pegang, jadi aku bagilah kepada yang muda..Ala maklumlah akukan kakak dalam kelas.. =D Sila review tentatif dibawah:
6.45 am : Berkumpul
7.30 am : Bertolak daripada UiTM Bandaraya Melaka
8.00 am : Tiba di Sekolah Bukit Baru
8.15 am : Senam (Padang lecak, jadi kaki ayam)
9.00 am : Bahagi kumpulan dan bersarapan
9.15 am : Aktiviti dan kumpulan aku sesi gotong royong
11.00 am : LDK di bilik seminar
12.30 pm : Persembahan pelajar UiTM dan pelajar sekolah
Bagi sesiapa yang tidak tahu mengenai go green.. Silalah rajinkan diri anda untuk menelaah pakcik google.. Kami membuat aktiviti Community Service yang berkonsepkan Cintailah Alam Sekitar.. Jadi Sebahagian kumpulan kami menanam pokok dan sebahagian melakukan aktivti bergotong royong. Tapi malam sebelum pergi, kira satu malam tu aku tak tidur sebab bantu kawan buat maskot iaitu lebah dan pokok.. Bagi persembahan kelas, kelas aku buat flash mob. Jenuh jugalah nak berlatih bagi ingat step. Sudahnya time nak performance, tenaga dah tahap ultraman da... kecemasan..hihiiii. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. =)
NI BUTTON YANG KAMI DAPAT |
NILAH KUMPULAN SAYA |