p/s: Sila angkat angkat tangan anda:
~"Ya Allah ya tuhanku, aku bermohon kepada Mu, limpahkanlah kasih sayang Mu kepada walidku Tamam Bin Muslim, dan kurniakanlah beliau tempat di syurga Mu. Khusyukkanlah solatnya, sempurnakanlah ibadatnya, jaga dirinya, Ya Allah, permudahkanlah juga setiap urusan hidup walidku. Ya Allah, berikan walidku kesihatan yang berpanjangan serta rezeki yang mewah dan halal di sisi Mu Ya Allah. Ya Allah, aku anaknya sangat menyayangi walidku. Ya Allah perkenankanlah permintaan hambaMu ini Ya Allah"~
Tanggal 16 November 2012 genap usia walid yang ke 51. Alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran buat walid. Tiada hadiah yang semahal daripada perkataan dan ucapan buat walid untuk aku balas segala jasa-jasanya.. Alhamdulillah parker fountain pen berukiran nama walid ~Tamam Muslim~ menjadi pilihan buatku bagi hadiah walid tahun ni.. Semoga walid suka.. Aku sayang walid..
p/s: InsyaAllah Vios buat walid sempena ulang tahun kelahiran yang ke 55 nanti.. + pakej umrah buat bonda dan walid.. Doakan..