Alhamdulillah..selesai sudah second Ramadhan..dan malam ketiga bertarawih with my ayahanda and brother.. Topik kali ni na share sikit pengetahuan mengenai penyakit scoliosis dan tumor tulang belakang. Ok..ni satu pengalaman..sehingga kini. Dulu zaman aku sekolah menengah, aku ni kira aktif dalam sukan..Macam-macam aku join.. Lompat tinggi, lompat juah, pecut 100m, 200m, 4x100m dan lain2.. Then yang paling aku aktif ialah SILAT..Al kisah di pendekan cerita satu hari tu masa form 2 waktu aku buat training silat tuk standby tournament, aku jatuh dalm posisi yang paling bahaya serta pitam seketika.. since dpd hari tersebut aku mengalami gejala yang lain macam seperti:
1) Sakit di bahagian pinggang sehingga aku tak boleh baring, duduk, berdiri.
2) Sakit tulang belakang sehingga aku punya badan kesejukan dan kaki panas
3) Sakit bila berlari, berjalan dan sebagainya..
Masa mula-mula aku rasa sakit, aku ingat sakit-sakit biasa.. ala normal la sakit pinggang bila penat.. tapi daripada sehari ke sehari..sakit tu makin berlarutan.. Masa sakit mula-mula tu, both of my parents igt sakit biasa...jadi diaorg tak care sangat.. Ada masa sakit tu macam melampau sangat datang.. kira aku sakit sampai tak boleh baring...dpd pagi sampai malam...aku just baring atas lantai tanpa alas pape..sebab terlalu sakit.. tu pun letak bantal kat pinggang tapi still sakit....menangis tak payah cakap la..kalau nak rasa tak sakit bila dah pent dan terlelap.. tapi bila terjaga balik, mesti air mata mengalir..sebab sakit.. Masa tu hanya Alla je yang tahu macam mana..
Sakit ni berlarutan sehingga aku pindah sekolah asrama.. Masa kat sekolah asrama nilah aku bertambah sakit.. dan every week aku akan ulang alik hospital.. Masa mula-mula aku pegi klinik, klinik buat xray.. then tetibe dia kata kene rujuk pakar tulang.. But why??? masa tu umur baru 16 tahun kot.. mana tahu pape...so, aku pergi je la jumpe pakar tulang.. xray tak payah cakap la...naik jenuh gak la aku masuk bilik xray tu.. last seklai masa jumpe doktor pakar tulang nak tahu apa dia kata? Penerangan dia panjang berjela..aku pun tak paham cuma ada dua benda yang aku paham "scoliosis dan tumor tulang" suspek tumor tulang?????? then ada benda lain dia cakap ada perkataan split la, rawan@ruas tulang tipis la..ada pecah...apa lagi tah..Masa aku dengar tu...hanya Allah je yang tahu perasaan aku...Masa tu semua nya aku hadapi sorang2 (bersama Allah).. Apa doktor cakap masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. lama gak la dua orang doktor pakar tu bercerita bagi aku paham..Bila dah keluar bilik doktor baru aku mampu keluarkan air mata...dah la dengan baju sekolah masa tu..
Sejak daripada hari tu.. hidup aku dengan ubat..dengan pain killer.. tahap kalau makan.. tidur tak ingat dunia (ubat ni doktor pakar je boleh luluskan) Masa tu hidup aku penuh dengan ubat dan aku rasa life aku kosong.. sebab aku hadapi sorang diri.. Parents aku jauh kot..kalau aku cerita bukan diaorg boleh percaya.. Aku follow semua appointment dgn doc.. Pegi fisio semua.. macam2 kot aku lalui.. Tapi bila kau form 5, sakit tu macam makin teruk.. then cikgu kaunseling kat sekolah dapat tahu.. makanya..doktor akan berurusan dengan cikgu aku..sehinggalah temujanji aku yang kene buat MRI.. Masa ni baru both of my parents percaya.. Korang nk tahu apa tu MRI? benda alah ni la...malas nak taip seng cite google sendiri..
Nak tahu berapa lama aku masuk? Aku kira, antara pesakit yng buat ujian ni hari tu..aku lah yang paling lama..rata2 30 minutes to 40 minute...aku boleh dekat 3 jam...haiya..dah la tak boleh bergerak..Aku kira lepas dua tahun aku ikut semua sesi rawatan..sampai satu tahap aku bosan dan aku stop daripada ambil semua ubatan dan rawatan.. Habis SPM aku tak ambil apa2 ubat sebab kau dah jemu sangat telan pain killer dengan pelbagai ubat yg lain.. So aku stop sehingga aku masuk Diploma...Dan Alhamdulillah aku tak mengalami apa-apa sakit sehinggalah aku masuk sem 3 diploma.. to be continued....