Puas pikir..apa punca susah tidur? Kalau nak kata insomnia, rasanya time aku dekat Melaka je baru wujud perkataan Insomnia....Bila dekat rumah sendiri...aku still tak boleh tidur..Walhal bukan waktu study...Sebenarnya aku ada masalah sikit...takut dengan rumah sendiri..fobia..takut tidur di rumah sendiri..haiyaa..bagaimanakah itu??
Di manakah puncanya? A long time ago..ceh wah...hahaa....rumah ni pernah di pecah masuk oleh orang yang tidak bertanggung jawab! Dan kebetulan..time tu...pintu bilik tidur tidak berkunci...dan kebetulan, aku adalah orang yang pertama bangun waktu subuh tu seawal 5 pagi...bayangkanlah...celik je mata di hidangkan dengan pemandangan yang kurang enak. Habis seluruh rumah digeledah!! termasuk bilik aku.. Alhamdulillah aku dan keluarga tak apa-apa.. Tapi saat tu...hanya Allah sahaja yang tahu... menggigil..then malam berikut nya...kami sekeluarga..tido setempat ...punyelah takut... dan sejak daripada tu setiap kalai balik rumah sendiri..aku akan takut dan macam jadi pakguard! kalau tertido pun mesti akan terjaga...itulah yang aku lalui...sehingga kini... then aku tak suke bila tido mimpi bukan-bukan...selalunya aku akan mimpi kene bunuh...dan setiap kali mimpi, setiap kali tu aku akan terjaga..serius, kalau dah terjaga pasti aku mengigil dan tak boleh tidur balik... Jadi, aku tak tahu sampai bila benda ni nak berterusan..
Benda kedua yang menghantui aku ialah air..Bukan bermakna aku ni takut nak mandi taw..hahhaa.. =) Aku fobia air terjun, pantai, tasik, kolam dan apa2 air yang bertakung walau setinggi lutut aku...Serius! Sebab apa? sebab aku banyak kali lemas.. tetttttttt...dan setiap kali tu Alhamdulillah abah ada tuk selamatkan aku.. sebab tu aku tak boleh dekat dengan air..hehehe... (bukan takut mandi okey) =D Puas gak la aku cuba kikis perasaan takut ni..tapi..entahlah..tak berkesan... lagi..
Aku rasa dua perkara ni dah terlalu lama menghantui minda aku..Sampai bila persoalannya?? Entah..sampai ada motivasi maybe? InsyaAllah...