Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan. Bulan nan penuh berkah. Allah mewajibkan atas kamu shaum di bulan ini. Pada bulan ini pintu-pintu jannah di buka, pintu-pintu Naar ditutup dan syaithan-syaithan di belenggu. Di bulan ini terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barang siapa tidak mendapatkan kebaikan di bulan ini, niscaya tidak ada kebaikan baginya.” (HR: Ahmad 8631).
Alhamdulillah...Ramadhan menjelma sekali lagi. Penuh keberkatan dan kemuliaan berbanding bulan-bulan yang lain. Bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam.. Bulan yang menjanjikan beribu pahala ganjaran ke atas umat yang beribadah.. Syukur kehadrat Ilahi, kita bakal melalui bulan Ramadhan dan merebut peluang yang ada di kesempatan hayat kita. Ramadhan memberi kita peluang memohon apa sahaja kepadaNya..Ramadhan juga memberi peluang untuk kita bertaubat...daripada melakukan kesalahan demi kesalahan.. Ramadhan memberi kita peluang mendidik erti kesabaran dalam diri kita.. Kesabaran yang bukan setakat menahan lapar dan dahaga namun dalam semua aspek lantas mendisiplinkan diri kita sebagai umat Islam.
Ambil dan rebutla peluang yang ada di hadapan mata ini.. Isilah siang hari dengan bacaan ayat Al-Qur'an dan malam hari dengan solat tarawih serta solat-solat sunat yang ada.. Mohon kepada Allah... Allah Maha Mendengar.. InsyaAllah, sama-samalah kita berdoa agar kita tergolong dalam muslim dan muslimah yang soleh serta solehah..
‘Ya Allah sesungguhnya aku hambaMu, anak hambaMu lelaki dan anak hambaMu perempuan. Pada genggamanMu ubun-ubunku, hukum atau ketentuaMu berlalu, keputusanMu adalah adil. Aku mohon padaMu Ya Allah dengan menyebut setiap nama bagiMu mahupun Engkau beri nama atasa diriMu atau yang Engkau turunkan pada kitabMu atau yang Engkau ajarkan mahupun yang Engkau simpan pada perbendeharaan ghaib di sisiMu agar Engkau jadikan al-Quran yang agung itu sebahagian daripada hatiku, cahaya dan dadaku pengusir dukaku dan penolak kesedihan juga deritaku. Wahai Tuhan yang amat Mengasihi dari segala-galanya. Perkenankan doaku..’
InsyaAllah, perubahan itu perlu ada dalam diri setiap manusia...Berubah ke arah yang lebih baik daripada berubah kepada keadaan yang semakin tidak baik. Walau sedikit perubahan itu, itu sudah menunjukkan kemerdekaan kepada dirinya.. InsyaAllah.. Semoga kekuatan itu serta keinginan tu akan istiqamah.. InsyaAllah..