Diam tak diam dah masuk Julai rupanya..Dunia semakin tua..masa bergerak semakin pantas...Hahaha....pra dewasa dah nak masuk dah ni....by 2013 aku ni kategori pra dewasa... Ok, entry kali aku aku sekali lagi nak share pasal penjagaan rambut.. Kali ni aku kongsi tips daripada apa yang aku aplikasikan dekat diri aku sendiri.. dan hasilnya memang lumayan.. =)
1. Pastikan shampoo dan conditioner yang digunakan bersesuaian dengan rambut anda. Kira kalau rambut asyik gugur, berkelimumur, makanya shampoo tu tak sesuaila sayang oii... Dalam kes aku...haha..aku pakai Shampoo Dove (ni bukan nak promote tapi kenyataan) Hampir 3 tahun gak la aku guna.. Alhamdulillah...hasilnya memuaskan hati aku.. =)
2. Normally aku tidak akan menyikat rambut selepas mandi..Memang aku takkan sikat rambut tu..Sebab apa?? Sebab aku akan sikat gune jari dan lepaskan rambut tu bebas dan bersahaja... Dan rambut tu akan cepat kering serta elok.. =) tak percaya, cube buat.. =)
3. Elak gune pengering rambut..Aku kadang-kadang je guna bila terdesak dn kesuntukn masa nk pergi kelas...Time tu aku akan guna... untuk elakkan rambut aku basah dan berkuap bila pakai tudung..tapi pastikan gune volume palig rendah..
4. Okey, gunelah minyak rambut untuk elak dia kering. Tapi honestly aku tak gune minyak rambut...hehehe...aku pun tak tahu.. Tapi korang memng kene gune minyak rambut...tuk bagi rambut tu bermaya dan tidak kering..
5. Teknik sikat dan jenis sikat..Yang ni rumit sikit...Korang tahu tak sikt yang diperbuat daripada kayu jauh lebih elok daripada sikat plastik? Yang ini kenyataan. Try cari sikat kayu..Harga sikat ni memang mahal sikit..tapi agak berbaloi.. Aku biasanya akan sikat rambut selepas rambut aku kerig dan sebelum nak tido serta selepas bangun tido..dan bende pelik aku suka buat..cakap dengan rambut...=) belai rambut tersebut..
6. Kalau korang yg free hair tu...bila nak ikat rambut, pastikan tidak terlalu ketat sangat.. Sebab rambut pun memerlukan oksigen... Bagi yang pakai tudung macam aku, aku akan pastikan rambut aku akan dilepaskan sekiranya aku di rumah supaya rambut aku tak sakit.. =)
7. Sila konsisten dengan apa yang korang nak buat..dan jangan lupa...3 bulan sekali..potong hujung rambut anda...tuk buang rambut yang rosak dan bercabang serta kering.. =) Ingat..konsisten dengan apa yang korang buat...Then, cam tulah aku jaga rambut perang ni...(no colour2) ..
Okeylah..Selamat Mencuba.. =)