Hello guys, welcome to my blog. This blog only just for story morie about my happy or sad life
Cute Blue Bow Tie Pointer

What Was I Wrote





(My Dad)

(My Mom)

(My Brother)

(My Younger Sister)

(Foster Child)



Yana
(My Mind)

Wani
(My Mumy)

Wiwi
(My Soul)

Powered by Blogger.

Tips Bermain Bowling

Baru separuh hari kat Melaka.. tapi hati dah rungsing... macam nak demam.. Tapi ada satu perkara yang aku kira macam menganggu otak aku ni. Aku gementar... Gementar dan takut.. Jumaat ni ada tournament bowling. Aku dapat jadi wakil...tuk Sukan Antara Program..Entahlah..masa first tournament aku tak la macam ni sangat.. Mungkin masa tu semua kawan-kawan aku aku.. Tapi masa tournament akan datang ni.. Em...entahlah.... kebetulan Coach aku tak mau datang ( maybe ada hal) rasa macam nak tarik diri.. Sebab perasaan takut tu menguasai diri.. Nanti aku tak boleh fokus... Macam mana nak fokus?? Alahai...... Ni ada beberapa tips nak fokus yang aku dapat....



1.) Postur badan –Even saiz korang agak istimewa, yang perlu korang buat, pandang hadapan terus kearah pin, dan pastikan badan tetap pegun cuma tangan saja korang hayun. Mungkin korang boleh try and error masa buat balingan.

2.) Pegang Bola betul-betul – Nak pegang bola dengan betul, bola tu sendiri mestilah sesuai, pastikan lubang bola bowling tu sedikit longgar dan tidak terlalu ketat, kalau korang ada bola sendiri lain cerita lah..Satu lagi, elakan dari tangan yang berpeluh, sebabnya nanti korang terlepas masa pegang bola tu, jadi bawaklah towel yang bersih dan kering semasa bermain bowling.

3.) Pastikan kedudukan korang – Jika korang pengguna tangan kanan, pastikan korang berkedudukan tengah kanan berpandukan poin-poin yang ada dekat lane bowling tu. Untuk yang kidal, ambik kedudukan tengah kiri.

4.) Fokus!!! – Korang akan melakukan balingan yang menentukan hidup mati korang, hehe…So better aim pin kedua dan ketiga, sama ada sebelah kanan pin tu atau sebelah kiri pin tu, ikut fokus korang.

5.) Kawalan pernafasan – Mungkin step ni ramai yang terlepas, sebab terlalu suka, so pernafasan penting untuk mengawal rasa gemuruh, so tarik nafas beberapa kali, saat korang nak baling bola tu, korang tahan nafas dan terus baling, ini nak mengurangkan pergerakan badan sekiranya korang hembus nafas.

6.) Gerakan lembut – Bukan korang bergerak macam auwww, nanti bola tu pun pergi macam auwww..Gerakan lembut bermaksud, korang ambik sekurang-kurangya empat langkah dan teruskan balingan, tapi bukan dengan gelojoh, orang kata take time ketika baling.

7.) Kawal kelajuan – Kebanyakan yang main bowling adalah berdarah muda, tak sabar dan gopoh. Dalam bowling, korang tak boleh laju sangat dan terlalu perlahan sangat, so kena man man(perlahan-lahan)..hehe, sebab kalau terlalu laju, bola bowling akan tersasar dari lane atau pin tu tak jatuh ke belakang, tapi berpisah(split), so pin yang kat belakang tak kena balingan atau jatuhan pin..Faham!!!

8.) Maintain postur – Macam aku terangkan kat atas tadi, postur badan semasa balingan menentukan arah balingan korang, so pastikan badan tegak, muka pandang kehadapan menghala ke arah target.

9.) Lepaskan bola itu!!! – Sebelum melepaskan balingan, bengkokkan sedikit tangan, tangan yang memegang bola rapat dengan badan dan tangan lagi satu pegang bola untuk sokongan. Hati-hati semasa lepaskan balingan, sebab kita akan tidak sengaja membongkokkan badan selepas melepaskan badan. Pada kerendahan yang sesuai, lepaskan bola dalam keadaan relaks.

10.) Style – Pandang ke arah bola itu pergi, jangan berganjak ke mana-mana, ni untuk melihat samaada korang strike ke tak..


ni aku copy kat tips bermain bowling..kredit tuk brother ni.. =)

So, aku harap dengan kewujudan tips ni, mampulah aku fokus dan berasa yakin pada diri sendiri... minta-minta laa...Amin....kalau tak, dalam diri rasa macam nak tarik diri.....emmm...