Cuti dah habis!!! Allaaaa...tak mahu balik...Habislah!! kena menghadap segala kerja!!
Bila cuti dah berada di hujung tanduk, mulala kau macam orang tak siuman... semua serba tak kena...Ala maklumlah...aku ni bila ada satu perasaan tak suka balik, makanya akan wujudlah segala MABUK! Pelik, tapi itulah hakikatnya.. Tak macam dulu massa aku balik Shah Alam..takkkan mabuk punya la....sebab sprit aku kat sana.. tapi sekarang?? Spirit aku tu dah lama sangat hilang...jadi...mulalah aku macam cacing kepanasan!
Alahai...setengah jam lagi..berangkatlah aku menuju ke Melaka.. mana lagi kalau bukan tempat aku study la.. Maka, bermulalah episod pening, rasa nak muntah, sakit perut, gastrik dan sewaktu dengannya.. Kesian aku ni.. hahahaa...
Tapi ada satu perkara yang aku kagum la dengan abah aku..Nak tahu apa??? Bila dia nampak aku macam tak mahu balik..tak cakap pasal tiket bas, dia tahu la tu aku tak mahu balik..Maka, secara terusnya abah akan menawarkan diri untuk menghantar aku balik Melaka!! Yahoooo!!!!! Ini yang best ni.. Sayanglah Abah!! hehehe... Memang abah terbaik!
Pening dan mabuk itu akan berkurangan sedikit....