Hello guys, welcome to my blog. This blog only just for story morie about my happy or sad life
Cute Blue Bow Tie Pointer

What Was I Wrote





(My Dad)

(My Mom)

(My Brother)

(My Younger Sister)

(Foster Child)



Yana
(My Mind)

Wani
(My Mumy)

Wiwi
(My Soul)

Powered by Blogger.

Kahwin Muda



Menjadi seorang isteri dan seorang suami lantas memegang status sebagai seorang ayah dan ibu menajdi impian setiap insan di muka bumi ini. Fitrah hidup manusia ialah ingin disayangi dan dicintai. Disamping itu, Kahwin juga satu sunnah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Maka, dengan mendirikan rumahtangga, kita telah mengikuti sunnah tersebut. Namun, dalam merencanakan sebuah alam perkahwinan, ianya bukans emudah yang disangka. Persoalannya, mampukah kita memegang satu amanah yang sangat besar serta menjadi seorang yang bertanggungjawab? Bahkan perkahwinan ialah satu hubungan yang berpanjangan yang harus kita jaga dan bajainya sehingga ke akhir hayat. Mampukah kita menggalasnya?


Era kini, majoriti memilih untuk berkahwin muda. Islam menggalakkan perkahwinan muda kerana ianya dikatakan boleh mengelakkan daripada melakukan maksiat. Namun, masih ramai memperkatakan keburukan serta kebaikan berkahwin muda. Jika niat kita ikhlas berkahwin kerana Allah, maka saya percaya anda mampu memikul tanggungjawab serta mengahdapi segala ujian daripada Allah. 


Persoalannya, adakah tuan tanah blog ini akan berkahwin awal? Kemungkinan.. Ajal, maut, jodoh, pertemuan semuanya kuasa Allah.. Kita hanya mampu merancang sahaja.  Semoga apa yang dirancang, berjalan lancar. (Cara macam ada calon je kan)  Tapi, untuk berkahwin muda ni, kita perlu tanya pada diri kita sendiri, mampukah kita menjalankan tanggungjawab yang telah di amanahkan kepada kita dengan sempurna dan jayanya. Jika ditanya pada diri sendiri, jawapannya TIDAK. Namun, tidak semestinya usia yang muda tidak membolahkan kita untuk berfikir secara matang.. Itu semua hanya alsan semata-mata.. Ilmu agama jika didalami dan dipelajari sekaligus diaplikasikan dalam diri sendiri, pasti anda mampu memikul tanggungjawab tersebut.. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruknya itu adalah diri kita sendiri..