Hello guys, welcome to my blog. This blog only just for story morie about my happy or sad life
Cute Blue Bow Tie Pointer

What Was I Wrote





(My Dad)

(My Mom)

(My Brother)

(My Younger Sister)

(Foster Child)



Yana
(My Mind)

Wani
(My Mumy)

Wiwi
(My Soul)

Powered by Blogger.

Entry Mengarut(tak payah baca)

aku tak tahu apa yang aku akna mengarut untuk entry kali ni..Yang pasti jari aku ni terlalu pantas mengetuk papan keyboard ni tanpa befikir panjang. Serius semua perasaan aku rasa sekarang.. Aku rasa takut, aku rasa sunyi..aku rasa aku tak mampu nak berjuang sekali lagi untuk exam ni...Aku ingat dan terlalu ingat apa yang berlaku final sem lepas.. Sakit, derita, menangis, sengsara...semua ada..wujud tika itu..Dan saat itu sekelumit perasaan belas ihsan dan simpati pun tak wujud dalam diri manusia yang hanya mampu berkata-kata tapi tak mampu mengotakan kata..

Dunia ni kecil...kau pelakon..aku juga turut berlakon...berlakon atas pentas dunia.. Hidup ini bagai roda..berputar ke atas dan ke bawah... Jangan kau rasa diri kau mulia dan suci.. Sedangkan hakikatnya kotor berlumpur...

Aku buntu..Kala dulu mungkin ya air mata tu jadi peneman...tp kini...mungkin aku mampu tersenyum namun hati aku meraung dan merintih...tiada siapa yang tahu.. Mungkin kau baca mungkin kau tak baca entry aku ni..Tapi aku yakin kau tak baca....siapa aku..tuk kau ingat..siapa aku tuk kau kenang....Tapi aku cukup yakin, suatu hari nanti...kemaafan itu yang kau tagih..aku bukan nak berdendam..tapi kau fikir balik guna otak dan akal...kau pijak dan kau cincang...itu sifat kau..aku tak benci...aku tak caci kau...tapi ingat... Janganlah berterusan menjadi manusia yang menongkah dada ke langit...

Aku harap aku mampu untuk buat kali ni.. Apa yang aku membebel ni..mengarut sangat dah ni....lantaklah...memng entry ni luahan perasaan.. Aku suka taip daripada menulis daripada bercerita..Dah la...malas dah nk pikir...study lagi bagus...nak DEKAN kan?? cam zaman diploma dulu-dulu..so, jangan malas sangat yea... =) sorry byk typo...hahaa...

DULU KAU PERNAH BERKATA

Satu ketika dulu....kau pernah berkata yang bohong itu sifat penipu...tapi dalam kau alpa, kau sedang berdusta dengan kata-kata kau..

Suatu ketika dulu kau pernah berkata yang kejujuran itu sifat kesetiaan...tapi dalam kau alpa, kau sedang bersandiwara atas pentas dunia...

Suatu ketika dulu kau pernah berkata yang kasih itu sifat harmoni..tapi dalam kau alpa, kau sedang  berperang dengan perilaku luar biasa..

Suatu ketika dulu kau pernah berkata yang manusia itu sifatnya bertopengkan syaitan...tapi dalam kau alpa, kau sedang memakai topeng-topeng itu....

CINTA BOM!

KU TANAM SAYANG DISAKITI


KU TANAM CINTA TAK DIHARGAI


KU TANAM RINDU DIKHIANATI


LAST-LAST KU TANAM BOM BIAR KAU MATI!!

1000 Twitter

Mimpi Bertemu JODOH =)

Waa.....tajuk entry kali ni laen macam sikit.. Sebenarnya dah lama aku nak share kat blog ni..Tapi masa dan keadaan yang tidak bersesuaian.. Nak tulis pun cuak gak sebenarnya.. Namun setelah di pikir dan di pertimbangkan semula.. Aku rasa aku bebas untuk menulis.. =)

Jodoh tu rahsia Allah.. Kita memang tak tahu apa yang telah tertulis untuk kita. Jodoh juga bukan datang bergolek.. Kita harus mencari. Persoalannya.. Siapa jodoh kita? Tettttttt...aku pun tak tahu siapa jodoh aku..hahahaaa

Kita balik kepada topik entry aku kali ni. Mimpi Bertemu Jodoh.. Ayat entry je dah semacam je..hahhaa..

Suatu malam....aku sendiri tak sure bile? Tapi dalam masa enam bulan ni la...waktu aku rasa down sangat-sangat..aku merayu dan merayu pada Ilahi.. Ditakdirkan... satu malam tu aku mimpi ...dan ini mimpi pertama... Aku telah dirisik oleh seseorang yang aku tak kenal dan aku tak tahu siapa namanya.. Suasana itu aku rasai sangat-sangat. Family aku semua paksa suruh kawen dengan hamba Allah tersebut.. Mahu aku tak takut.. Aku bagi macam-macam alasan.. Sampai satu ketika.. Lelaki tersebut muncul dan kata satu ayat je “Awak akan menyesal kalau tak terima saya sebab saya mencintai awak lebih daripada apa yang awak tahu” Errrkk!! Aku tergamam... dan mimpi tersebut berakhir...then aku terjaga around 4 am...lebih kurang la..

Mimpi kedua berlaku lebih kurang dalam 3 taw 4 hari kemudian. Aku mimpi aku bertunang... Memang lengkap masa tu.. Berderau darah aku.. mana tak nya aku mimpi bertunang dengan lelaki yang aku tak kenal..Siapa? entah...aku sendiri tak pasti.. Yang aku tahu aku Nampak semua rombongan meminang.. hantaran dan semuanyalah...masa tu aku rasa tengah menangis sebab aku kena paksa..baju aku pun makcik dan pakcik aku yang siapkan semua... dan sama gak aku terjaga..

Mimpi last... mimpi yang lepas daripada mimpi ni aku dah tak pernah mimpi lagi sampai sekarang... Mimpi aku lepas akad nikah... wei!! Seram tahu tak.. aku Nampak semuanya..Macam real tahu tak... Sampai lah petang waktu bersanding tu.. Aku macam Nampak jelas sangat muka that guy... Ok, dan satu nama aku macam terdengar dia cakap Azril or Azrail.. dan aku macam terkesima.. sebab aku Nampak muka dia tapi aku lupa wajah dia.. Macam biasa aku terjaga..

Sejak daripda hari tu aku namankan watak dalam mimpi aku ADAM AZRIL.. sebab dia lelaki akau namakan adam... Siapa-siapa boleh jaddi ADAM AZRIL.. sebab itu semua hanya mimpi... saja nak kongsi... jangan percaya dengan mimpi...mimpi mainan tidur...Hanya Allah yang mengetahui apa yang berlaku di langit dan di bumi.. Tiada niat apa-apa pun aku tulis ni.. semua syirik kalau percaya...

Study Week!

Minggu study week.. Sekali lagi aku balik...sama macam sem lepas..dan rupanya dah hampir 6 bulan berlalu.....semua tu...Terima kasih Ahmad Shazwan Md Yusof... hahhaa aku mention nama kau seh!!! Oppss.. sorry la...aku pun ada perasaan kot.. (ayat xpuas hati). Whatever.....aku tak kisah...

Ok, kita cerita pasal minggu study week...Normally aku masa diploma dulu memang tak pernah la kot balik rumah...tapi entah mengapa....sejak dua menjak aku dalam proses degree ni, aku akan balik minggu study week.. ngeee...hehe.. =D bukan apa...kalau balikkan biasanya tak study...tapi insyaAllah aku study.. =) tak kisah la kan.. =)

Ok..jom kite intai-intai jadual exam aku... ngeee

3 JULY - HRM 533 : 9-12PM: Z6-5

4 JULY -IBM 530 : 2.15-5.15PM: ZG1-3

6 JULY - FIN 420 : 2.45-5.45PM : Z6-5

9 JULY -MKT 420 : 9-12 PM : Z6-2

12 JULY -OPM 530 : 9-12PM: ZG2-3
Nampaknya aku harus study HRM dengan IB...arrrrgghh...dua2 ni teori laaa....18 chapter dan 13 chapter... emm...Tips untuk study....study sampai mata lebam...hehehe

Huru Hara

Dah lama tak tulis entry.. rasanya macam dah berhabuk dah blog ni.. hehe..tak pe..minggu-minggu sebelum final ni memang agak sibuk... Time macam ni lah semua benda kena kejar... Assignment kena submit..Test tak payah cakap la..dengan final presentation... Semua student jadi mata panda macam aku.. =) Waktu aku menaip ni pun kepala macam errrrrr....tak centre..hahhaaa..mana tak nye..tak cukup tido.. Alahai nama pun student.. nak mengeluh apanya lagi cik kak oiii... (pesan diri sendiri) 

Pejam celik pejam celik....(cube buat) dah hujung sem...next week final exam..waa..then akan melangkh ke semester baru... (cepat lah habis.. tak larat dah ni dpd diploma ke degree belum lagi ke master) Alangkah banyaknya kenangan yang aku cipta (cheeewah..ayat tak boleh bla) sepanjang aku duduk kat melaka ni.. (mcm lah lama sagt) Bab usia ni tak payah cakap la...dah layak kawin pun..hahaa (ni memang perasan!) Serius dua minggu before final aku rasa macam nak pitam.. Aku doa sangat tulang belakang ni sehat dan terus sehat dan kaki aku ni takkan lumpuh macam sem2 sebelum ni. Amin.. Bila terlalu letih tak cukup rehat, benda pertama aku risau kesihatan aku sendiri.. Ala maklumlah.. saya ni special sikit.. =) Allah suka uji.. 

Tapi yang aku hairan kan ni, macam mana selera makan aku boleh merosot??? Haaa!!! Dulu aku selalu cakap kalau aku susah hati, aku makan je...tapi bila aku senang hati aku tak makan...(memang aku ni pelik. Sebab tu semua orang gelar aku ni pelik).. Kadang-kadang aku ni boleh lupa makan..hehehe..Aku bukan bahagia mana pun..nak bercinta jauh sama sekali la kan...cuma maybe dah 6 bulan...kenyataan tu aku mampu terima..kawan-kawan, adek-adek yang dalam kelas tu semua happening.. (sampai lupa yg aku ni kakak diaorg tu adek) Jadi aku sentiasa boleh ketawa, senyum..

Ni lagi satu....errkk....aku rasa cuti sem lepas final ni macam nak buat macm2.. tapi sah2 bulan puasa..ada limit.. (mklumlah P.U.A.S.A) semua terbatas....

Tapi sekarang serius aku rasa tak sehat... ={

WORDS FOR MONDAY

I WON AGAIN!!!


"MAMA, KITA ADA TOURNAMENT BOWLING JAP LAGI"
"BOLEH MAIN KE? KUAT KE NAK ANGKAT BOLA BOWLING TU"
"MESTILAH KUAT"
"MAMA TAHU MESTI BOLEH MENANG. MAMA DOAKAN SEMUA STRIKE"
"YEA JE MAMA NI"
"ADA KE PATUT CAKAP MACAM TU, CAKAPLAH AMIN."
"OK. AMIN..... TERIMA KASIH MAMA"


NI LAH HASIL DOA SEORANG IBU...
WALAU BUKAN JOHAN, TETAP DAPAT NAIB JOHAN..

SAYA MAMPU LAKUKAN TANPA DIA!

Tersasar!!!

OTAK BUNTU, KAKU, BEKU, LESU!



Tak cukup tido, kerja bertimbun, test berderet...present menanti...ibarat lelah di hujung hidung!!
Cume nak beritahu, yang tuan punye tanah PENAT!!! Sampaikan latihan bowling pun tak konsisten!! Nasib baik tetap atas 100....FUH!!! Esok...tournament.. Hope...semua lancar....I need REST!! I want SLEEP!!! 

zZzzzZZZzzZZzzzz

Wordless Wednesday




Kahwin Muda



Menjadi seorang isteri dan seorang suami lantas memegang status sebagai seorang ayah dan ibu menajdi impian setiap insan di muka bumi ini. Fitrah hidup manusia ialah ingin disayangi dan dicintai. Disamping itu, Kahwin juga satu sunnah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Maka, dengan mendirikan rumahtangga, kita telah mengikuti sunnah tersebut. Namun, dalam merencanakan sebuah alam perkahwinan, ianya bukans emudah yang disangka. Persoalannya, mampukah kita memegang satu amanah yang sangat besar serta menjadi seorang yang bertanggungjawab? Bahkan perkahwinan ialah satu hubungan yang berpanjangan yang harus kita jaga dan bajainya sehingga ke akhir hayat. Mampukah kita menggalasnya?


Era kini, majoriti memilih untuk berkahwin muda. Islam menggalakkan perkahwinan muda kerana ianya dikatakan boleh mengelakkan daripada melakukan maksiat. Namun, masih ramai memperkatakan keburukan serta kebaikan berkahwin muda. Jika niat kita ikhlas berkahwin kerana Allah, maka saya percaya anda mampu memikul tanggungjawab serta mengahdapi segala ujian daripada Allah. 


Persoalannya, adakah tuan tanah blog ini akan berkahwin awal? Kemungkinan.. Ajal, maut, jodoh, pertemuan semuanya kuasa Allah.. Kita hanya mampu merancang sahaja.  Semoga apa yang dirancang, berjalan lancar. (Cara macam ada calon je kan)  Tapi, untuk berkahwin muda ni, kita perlu tanya pada diri kita sendiri, mampukah kita menjalankan tanggungjawab yang telah di amanahkan kepada kita dengan sempurna dan jayanya. Jika ditanya pada diri sendiri, jawapannya TIDAK. Namun, tidak semestinya usia yang muda tidak membolahkan kita untuk berfikir secara matang.. Itu semua hanya alsan semata-mata.. Ilmu agama jika didalami dan dipelajari sekaligus diaplikasikan dalam diri sendiri, pasti anda mampu memikul tanggungjawab tersebut.. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruknya itu adalah diri kita sendiri.. 




Tips Bermain Bowling

Baru separuh hari kat Melaka.. tapi hati dah rungsing... macam nak demam.. Tapi ada satu perkara yang aku kira macam menganggu otak aku ni. Aku gementar... Gementar dan takut.. Jumaat ni ada tournament bowling. Aku dapat jadi wakil...tuk Sukan Antara Program..Entahlah..masa first tournament aku tak la macam ni sangat.. Mungkin masa tu semua kawan-kawan aku aku.. Tapi masa tournament akan datang ni.. Em...entahlah.... kebetulan Coach aku tak mau datang ( maybe ada hal) rasa macam nak tarik diri.. Sebab perasaan takut tu menguasai diri.. Nanti aku tak boleh fokus... Macam mana nak fokus?? Alahai...... Ni ada beberapa tips nak fokus yang aku dapat....



1.) Postur badan –Even saiz korang agak istimewa, yang perlu korang buat, pandang hadapan terus kearah pin, dan pastikan badan tetap pegun cuma tangan saja korang hayun. Mungkin korang boleh try and error masa buat balingan.

2.) Pegang Bola betul-betul – Nak pegang bola dengan betul, bola tu sendiri mestilah sesuai, pastikan lubang bola bowling tu sedikit longgar dan tidak terlalu ketat, kalau korang ada bola sendiri lain cerita lah..Satu lagi, elakan dari tangan yang berpeluh, sebabnya nanti korang terlepas masa pegang bola tu, jadi bawaklah towel yang bersih dan kering semasa bermain bowling.

3.) Pastikan kedudukan korang – Jika korang pengguna tangan kanan, pastikan korang berkedudukan tengah kanan berpandukan poin-poin yang ada dekat lane bowling tu. Untuk yang kidal, ambik kedudukan tengah kiri.

4.) Fokus!!! – Korang akan melakukan balingan yang menentukan hidup mati korang, hehe…So better aim pin kedua dan ketiga, sama ada sebelah kanan pin tu atau sebelah kiri pin tu, ikut fokus korang.

5.) Kawalan pernafasan – Mungkin step ni ramai yang terlepas, sebab terlalu suka, so pernafasan penting untuk mengawal rasa gemuruh, so tarik nafas beberapa kali, saat korang nak baling bola tu, korang tahan nafas dan terus baling, ini nak mengurangkan pergerakan badan sekiranya korang hembus nafas.

6.) Gerakan lembut – Bukan korang bergerak macam auwww, nanti bola tu pun pergi macam auwww..Gerakan lembut bermaksud, korang ambik sekurang-kurangya empat langkah dan teruskan balingan, tapi bukan dengan gelojoh, orang kata take time ketika baling.

7.) Kawal kelajuan – Kebanyakan yang main bowling adalah berdarah muda, tak sabar dan gopoh. Dalam bowling, korang tak boleh laju sangat dan terlalu perlahan sangat, so kena man man(perlahan-lahan)..hehe, sebab kalau terlalu laju, bola bowling akan tersasar dari lane atau pin tu tak jatuh ke belakang, tapi berpisah(split), so pin yang kat belakang tak kena balingan atau jatuhan pin..Faham!!!

8.) Maintain postur – Macam aku terangkan kat atas tadi, postur badan semasa balingan menentukan arah balingan korang, so pastikan badan tegak, muka pandang kehadapan menghala ke arah target.

9.) Lepaskan bola itu!!! – Sebelum melepaskan balingan, bengkokkan sedikit tangan, tangan yang memegang bola rapat dengan badan dan tangan lagi satu pegang bola untuk sokongan. Hati-hati semasa lepaskan balingan, sebab kita akan tidak sengaja membongkokkan badan selepas melepaskan badan. Pada kerendahan yang sesuai, lepaskan bola dalam keadaan relaks.

10.) Style – Pandang ke arah bola itu pergi, jangan berganjak ke mana-mana, ni untuk melihat samaada korang strike ke tak..


ni aku copy kat tips bermain bowling..kredit tuk brother ni.. =)

So, aku harap dengan kewujudan tips ni, mampulah aku fokus dan berasa yakin pada diri sendiri... minta-minta laa...Amin....kalau tak, dalam diri rasa macam nak tarik diri.....emmm...

Cuti Di hujung Tanduk!

Cuti dah habis!!! Allaaaa...tak mahu balik...Habislah!! kena menghadap segala kerja!!


Bila cuti dah berada di hujung tanduk, mulala kau macam orang tak siuman... semua serba tak kena...Ala maklumlah...aku ni bila ada satu perasaan tak suka balik, makanya akan wujudlah segala MABUK! Pelik, tapi itulah hakikatnya.. Tak macam dulu massa aku balik Shah Alam..takkkan mabuk punya la....sebab sprit aku kat sana.. tapi sekarang?? Spirit aku tu dah lama sangat hilang...jadi...mulalah aku macam cacing kepanasan!

Alahai...setengah jam lagi..berangkatlah aku menuju ke Melaka.. mana lagi kalau bukan tempat aku study la.. Maka, bermulalah episod pening, rasa nak muntah, sakit perut, gastrik dan sewaktu dengannya.. Kesian aku ni.. hahahaa...  





Tapi ada satu perkara yang aku kagum la dengan abah aku..Nak tahu apa??? Bila dia nampak aku macam tak mahu balik..tak cakap pasal tiket bas, dia tahu la tu aku tak mahu balik..Maka, secara terusnya abah akan menawarkan diri untuk menghantar aku balik Melaka!! Yahoooo!!!!! Ini yang best ni.. Sayanglah Abah!! hehehe... Memang abah terbaik! 

Pening dan mabuk itu akan berkurangan sedikit....