Hello guys, welcome to my blog. This blog only just for story morie about my happy or sad life
Cute Blue Bow Tie Pointer

What Was I Wrote





(My Dad)

(My Mom)

(My Brother)

(My Younger Sister)

(Foster Child)



Yana
(My Mind)

Wani
(My Mumy)

Wiwi
(My Soul)

Powered by Blogger.

Mengapa masyarakat mengamalkan agit-props?


Pasca moden kini, masyarakat gemar melakukan sesuatu tanpa sedar akan kesannya. Mereka lebih suka bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu. Adakalanya, hanya kerana hasutan dan tomahan daripada rakan, segala-galanya bertukar menjadi kucar-kacir. Hidup masyarakat setempat dipenuhi dengan propaganda atau dalam istilah lain Agit-prop. Agit-prop adalah satu istilah yang tidak asing dalam fikiran para pengkarya mahupun sasterawan. Namun, dalam masyarakat setempat, mereka mungkin tidak pernah mengetahui apa itu Agit-prop. Agit-props membawa kata erti propaganda, hasutan, atau perdebatan untuk mempertahankan pemerintahan, politik, ideologi, pemikiran dan sebagainya. 

Jika diperhatikan dengan telus, jiwa manusia sebenarnya sering kali dikuasai nafsu amarah. Bagi menangani amarah, yang diperlukan adalah pengendalian keseimbangan emosi, iaini antara perasaan diri dan lingkungan. Jika pengendalian emosi tidak dapat dilakukan, maka manusia akan mengekspresikan amarahnya dengan pelbagai cara. Secara tidak langsung, mereka akan memprotes dan membuat tunjuk perasaan. 

Teater agit –prop merupakan satu cabang seni lakon pentas yang dipersembahkan di luar pentas biasa teater dan selalunya dilakonkan di tempat tumpuan umum secara tidak dirancang. Hal ini berlaku bagi menzahirkan satu luahan rasa politik, khususnya yang kritis terhadap aliran arus perdana, dan menarik reaksi protes dan perdebatan dengan penonton. Walaupun ianya tidak meluas, teater berkonsepkan agit-prop bukanlah kali pertama dipersembahkan di negara ini. Teater seumpama ini dengan tema-tema yang lain, acap kali dipersembahkan dalam ceramah politik dan mendapat reaksi marah dan kecaman penonton di Johor Baru menjelang pilihan raya umum lalu. Agit-prop ini juga pernah digunakan oleh penyokong reformasi, dengan bantuan dua patung (effigy), dalam satu demontrasi di Masjid Negara bagi membantah tindakan kerajaan meghadkan penerbitan Harakah pada Mac dua tahun lalu. Sekali lagi tetaer ini digunakan dalam demontrasi perhimpunan aman pada hari keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Ogos dua tahun lalu. 

Maka secara tuntasnya, manusia mengamalkan teater agit-prop ini bagi meluahkan perasaan mereka serta menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Malah, mereka berfikir, dengan berpropaganda, maka mereka mempunyai satu suara yang kuat untuk mempertahankan ideologi mereka. Ibarat pepatah Melayu ada mengatakan, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.