Siang-siang mimpi. Buat apa nak mimpi lagi pada orang yang hilang suka-suka hati...Mula la membenci dari sekarang... Janji pada diri apa? Usah dikenang usah ditunggu.. Dia bukan yang terbaik ..Berpegang pada janji diri. Ingat janji diri itu penting.
Pengorbanan, Kemaafan Sempena Syawal
Alhamdulillah... Setelah sebulan berpuasa maka hari ni telah tiba syawal yang di nantikan.. Syawal yang aku kira memberikan aku rasa ketenangan yang amat lain sekali..Dua hari sebelum raya, macam-macam persiapan mengenai juadah di pagi hari.. Macam biasa...mesti aku akan menganyam daun ketupat bersama adek dan pasti akan ada sesi membakar lemang. Dan bonda yang tercinta mesti akan masak kari ayam kampung dan rendang tok! =) nyum!
Pagi hari raya aku bangun awal tuk gosok baju melayu abah, baju kurung mama dan baju kurung aku.. then aku solat subuh.. Lepas itu mcm biasa mandi sunat aidilfitri dan bersiap untuk ke masjid.. Alhamdulillah..aku ikut maklang dan paklang ke masjid...usai solat aidifitri ada bacaan tahlil dan selepas itu pulang untuk sediakan juadah bagi MARHABAN atau dinamakan sebagai BARAAN..Negeri Johor rasanya paling special kalau berhari raya.. tak gitu?? =)
Namun ada satu yang aku kira sangat bermakna.. aku memaafkan apa yang telah berlaku.. Dan apabila aku memaafkan apa yang telah berlaku...akhirnya aku mendapat satu ketenangan yang aku kira satu rahmat buat syawal kali ini... memaafkan adalah satu kemenangan yang besar untuk diri kita agar kita bebas daripada cengkaman dendam.. Dan pengorbanan perlu di lakukan.. Silaturrahim yang terbina sejak sekian lama wajar kita pelihara..
Dan pengorbanan kita perlu lakukan bagi melupakan apa yang telah berlalu dalam kehidupan kita.. Biarlah ianya berlalu dan terima dengan hati yang redha seandainya setelah kita berusaha untuk menggapainya namun masih tidak berhasil.. biarlah ketentuannya Allah yang tentukan.. Buat kamu... Ahmad S.M Yusof Salam Lebaran..
Jubah for Aidilfitri
Salam readers.. rasanya dah masuk 17 Ramadhan Alhamdulilah bagi mana2 lelaki yang boleh puasa penuh dan mana-mana pompuan yang tak puasa penuh tu..jangan lupe ganti balik.. =) Disebabkn Allah bagi cuti untuk pergi terawih..td lepas berbuka sekali lagi aku pergi cari sehelai baju raya untuk diri sendiri.. dan finally I choose JUBAH for Hari Raya Aidilfitri.. just a simple jubah but very nice to wear it..
Jubah ni kebiasaan dan kelazimannya di pakai oleh orang timur tengah. Jubah ni tidak mengikut potongan badan dan sangat sesuai digayakan oleh seorang muslimah yang sangat menjaga auratnya.. tapi semua orang boleh pakai jubah tu.. So, masa pilih tadi pun kejap je..sebab ramai org then mall dah nk tutup..pegi lmbt... =) pilh dalam 10 minit je.. kebetulan ada saiz S.. so ambil dan bayar.. selesai.. pun.. nak tahu cm ne jubah tu..kene tgu masa raya nanti..tapi kan..actually nk beli sepasang baju kurung..dan nak beli warna putih.. tak tahu kenapa.. nak sangat baju kurung warna putih.. macam gambar ni..
Serius nak sangat baju kurung putih.. Putih tu satu warna yang sangat tenteram.. Baju kurung putih macam sepasang telekung... warna yang harmoni...Warna putih juga mampu merawat hati.. =) InsyaAllah maybe sehari sebelum raya nanti boleh cari sepasang baju kurung putih ni..
Shopping Raya!
Penatnya malam ni...Alhamdulillah..selesai belikan keperluan raya mama abah..kira lengkap kot dah..barg dapur semua dah beli...baju kurung dgn baju melayu abah mama pun tgl ambik dpd tempahan...then td pun seluar, kemeja, t-shirt, kasut, beg untuk mama n abah pun dah settle. Puas hati dah..boleh buat diaorang tersenyum.. =D
Ingat dulu masa kecik-kecik..mama abah akan bawak anak-anak dia pegi shopping raya...Masa tu serius aku kagum dengan abah! Sebab abah banyak bekorban..Abah jarang beli barang dia sendiri... dia akan pastikan anak-anak serta mama dapat semua serba baru...Sebab tu tadi aku shoppingkan abah punye barang banyak! Mama pun sama gak.. =) Penat gak la dalam Pacific BP Mall tu...daripada rak kasut ke satu rak kasut...dpd rak beg ke satu rak beg...lepas tu dpd rak seluar ke rak baju dan lain-lain..
Aku kalau boleh nak ringankan beban diaorang..InsyaAllah ada lepas habis study nanti aku akan lebih balas jasa mama abah.. =) love both of you.. =)
p/s: baju sendiri tk de lagi sebab td tk sempt.. =) em...warne ape nk beli thun ni? em... =) red?? maybe?? Esok Allah bagi cuti.. =D jd boleh shopping baju sendiri ni..tk pent.. =)
Result UiTM
Congratz to all UiTM Student! Mana yang result gempak mencecah LANGIT, teruskan sehingga ke bulan.. =D Mana yang setinggi bangunan KLCC, usaha lagi....dan mana yang separas JAMBATAN..jangan risau..masih ada harapan.. =)
susah sebenarnya bila kita dah biasa dengan pendorong kita selama ni tiba-tiba pendorong kita tak mahu dorong kita lagi..tak pe, still bersyukur.. improved sikit...tgl kene berganda lagi usaha.. =)
Kasih Ibu Membawa Ke Syurga Kasih Ayah Sepanjang Zaman
Waaa...tak sangka..dah nak masuk 13 Ramadhan malam 14 terawih..Alhamdulillah...tak pernah ponteng lagi...ni first entry tuk Ogos.. Semua orang mesti tahukan Ogos means MERDEKA! yeahh!! =D Tapi.. sejauh mana rakyat di Malaysia kenal erti Merdeka?? Renung dan fikir-fikirkanlah...=) Tapi entry kali ni bukan pasal merdeka.. Cube teka tuan tanah nak kongsi mengenai apa?? Input yang berguna untuk kita fikir dan muhasabah diri tuan tanah juga.
Ibu bapa...dua aset anak-anak yang paling berharga... Tanpa ibu dan bapa kita..kita takkan diberi peluang oleh Allah untuk bernafas di muka bumi Allah ini.. Ramai anak-anak yang berjaya tapi lupa balas jasa ibu bapa....makan sedap-sedap tapi langsung tidak terfikir apa yang ibu dan ayah kita jamah untuk alas perut mereka..
Ingatlah wahai anak-anak di luar sana, termasuk diri aku sendiri.. bahawa kita dikandungkan selama 9 bulan 10 hari di dalam perut ibu kite yang mana benihnya bercambah daripada ibu dan ayah kita... Malah ibu kita telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita.. Ayah pula bersusah payah mencari sesuap nasi untuk diberikan kepada kita.. Tapi apa yang kita balas? Renungkan lah balik apa yang kita telah lakukan kepada ibu ayah kita.. Sempena bulan Ramadhan ni...ambillah kesempatan untuk mengucup pipi kanan dan kiri mereka..serta dahi mereka...sayangi mereka...sementara masih ada.. Buanglah sikap kita yang angkuh, bongkak, dan kedekut pada ibu bapa kita.. InsyaAllah hidup kita akan diberkati Allah S.W.T.. Jangan lupa berdoa untuk ibu bapa kita..
p/s: Alhamdulillah dapat belanja barang2 dapur untuk ramadhan dan syawal.. tgl carikan sepasang dua baju baru untuk bonda dan ayahanda..sempena syawal..
Subscribe to:
Posts (Atom)