Alhamdulillah... Setelah sebulan berpuasa maka hari ni telah tiba syawal yang di nantikan.. Syawal yang aku kira memberikan aku rasa ketenangan yang amat lain sekali..Dua hari sebelum raya, macam-macam persiapan mengenai juadah di pagi hari.. Macam biasa...mesti aku akan menganyam daun ketupat bersama adek dan pasti akan ada sesi membakar lemang. Dan bonda yang tercinta mesti akan masak kari ayam kampung dan rendang tok! =) nyum!
Pagi hari raya aku bangun awal tuk gosok baju melayu abah, baju kurung mama dan baju kurung aku.. then aku solat subuh.. Lepas itu mcm biasa mandi sunat aidilfitri dan bersiap untuk ke masjid.. Alhamdulillah..aku ikut maklang dan paklang ke masjid...usai solat aidifitri ada bacaan tahlil dan selepas itu pulang untuk sediakan juadah bagi MARHABAN atau dinamakan sebagai BARAAN..Negeri Johor rasanya paling special kalau berhari raya.. tak gitu?? =)
Namun ada satu yang aku kira sangat bermakna.. aku memaafkan apa yang telah berlaku.. Dan apabila aku memaafkan apa yang telah berlaku...akhirnya aku mendapat satu ketenangan yang aku kira satu rahmat buat syawal kali ini... memaafkan adalah satu kemenangan yang besar untuk diri kita agar kita bebas daripada cengkaman dendam.. Dan pengorbanan perlu di lakukan.. Silaturrahim yang terbina sejak sekian lama wajar kita pelihara..
Dan pengorbanan kita perlu lakukan bagi melupakan apa yang telah berlalu dalam kehidupan kita.. Biarlah ianya berlalu dan terima dengan hati yang redha seandainya setelah kita berusaha untuk menggapainya namun masih tidak berhasil.. biarlah ketentuannya Allah yang tentukan.. Buat kamu... Ahmad S.M Yusof Salam Lebaran..