Waaa...tak sangka..dah nak masuk 13 Ramadhan malam 14 terawih..Alhamdulillah...tak pernah ponteng lagi...ni first entry tuk Ogos.. Semua orang mesti tahukan Ogos means MERDEKA! yeahh!! =D Tapi.. sejauh mana rakyat di Malaysia kenal erti Merdeka?? Renung dan fikir-fikirkanlah...=) Tapi entry kali ni bukan pasal merdeka.. Cube teka tuan tanah nak kongsi mengenai apa?? Input yang berguna untuk kita fikir dan muhasabah diri tuan tanah juga.
Ibu bapa...dua aset anak-anak yang paling berharga... Tanpa ibu dan bapa kita..kita takkan diberi peluang oleh Allah untuk bernafas di muka bumi Allah ini.. Ramai anak-anak yang berjaya tapi lupa balas jasa ibu bapa....makan sedap-sedap tapi langsung tidak terfikir apa yang ibu dan ayah kita jamah untuk alas perut mereka..
Ingatlah wahai anak-anak di luar sana, termasuk diri aku sendiri.. bahawa kita dikandungkan selama 9 bulan 10 hari di dalam perut ibu kite yang mana benihnya bercambah daripada ibu dan ayah kita... Malah ibu kita telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita.. Ayah pula bersusah payah mencari sesuap nasi untuk diberikan kepada kita.. Tapi apa yang kita balas? Renungkan lah balik apa yang kita telah lakukan kepada ibu ayah kita.. Sempena bulan Ramadhan ni...ambillah kesempatan untuk mengucup pipi kanan dan kiri mereka..serta dahi mereka...sayangi mereka...sementara masih ada.. Buanglah sikap kita yang angkuh, bongkak, dan kedekut pada ibu bapa kita.. InsyaAllah hidup kita akan diberkati Allah S.W.T.. Jangan lupa berdoa untuk ibu bapa kita..
p/s: Alhamdulillah dapat belanja barang2 dapur untuk ramadhan dan syawal.. tgl carikan sepasang dua baju baru untuk bonda dan ayahanda..sempena syawal..