Usia hanya percaturan...amal ibadat yang menjadi timbangan.. Kepada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.. Arwah Atok telah meninggalkan kami 5hari yang lalu.. Namun aku masih sempat menjaganya ketika sisa-sisa hidupnya berbaki.. dan Allah telah menetapkan hari bertemu bagi arwah atok dengan malaikat jatuh pada 28 safar pada pukul 12.40 tgh iaitu hari jumaat.. Penghulu segala hari.. Aku lihat nafasnya turun naik.. aku lihat kakinya mula membiru..Aku lihat tangannya mula putih..dan aku lihat nadinya di leher..mula berhenti berdenyut dengan perlahan2.. Aku dengar tarikan nafasnya ketika sakaratulmaut menjemputnya..dan aku turut dengar henjutan bagi melepaskan nafasnya ketika sakarutulmaut telah menjemputnya.. Sesungguhnya hanya bacaan yasin sepanjang pengebumian berlangsung yang dapat ku berikan.. Sedikit pun aku tidak rasa penat.. Buat Arwah Atok Haji Muslim Bin Kasnawi..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Al Fatehah..