Hello guys, welcome to my blog. This blog only just for story morie about my happy or sad life
Cute Blue Bow Tie Pointer

What Was I Wrote





(My Dad)

(My Mom)

(My Brother)

(My Younger Sister)

(Foster Child)



Yana
(My Mind)

Wani
(My Mumy)

Wiwi
(My Soul)

Powered by Blogger.

Otak Kiri atau Otak Kanan?


Yea..apakah itu??? dulu aku belajar subjek Ayah Agi masa diploma.. Subjek tu namanya Critical Thinking.. hemisfera kiri la...hemisfera kanan la..atau nama lain adalah hoka dan hoki......macam-macam la...tapi aku bukan nak cerita apa yang aku belajar dulu..aku nak cerita apa yang aku pelajari sekarang..

Dulu otak kanan aku je yang banyak berfungsi..Kira aku ni sastera la..walaupun zaman sekolah aku ambil segala bagai add math la, fizik la, kimia la, civil engineering la.. tapi zaman diploma aku penuh dengan dunia seni dan sastera..jadi bila aku tiba-tiba menggunakan otak kiri yang agak dah lama berkarat ni..alahai...jenuh aku nak asah bagi tajam balik..Jom baca bawah ni:

Fungsi otak kanan berkaitan dengan:
Imaginasi
Berfikir secara kreatif
Irama
Khayalan
Emosi
Ilham
Intuisi (gerak hati)
Warna
Muzik
Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.

Fungsi otak kiri
Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
Menyimpan data dan fakta
Menganalisis
Memahami logik, bahasa dan matematik


Otak hemisfera kanan mengawal bahagian kiri
badan manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan.

Jadi kesimpulannya, otak kanan lebih kepada kreativiti dan selalunya dikaitkan dengan orang yang menggunakan tangan kiri (kidal)..tapi tak semestinya la..
manakala otak kiri lebih kepada pengiraan, sistematik dalam mengatur pelan perancangan (macam main catur)…namun kedua-duanya mempunyai saling kaitan dan manusia menggunakan kedua-dua belah otaknya untuk berfikir secara optimum.