Hello guys, welcome to my blog. This blog only just for story morie about my happy or sad life
Cute Blue Bow Tie Pointer

What Was I Wrote





(My Dad)

(My Mom)

(My Brother)

(My Younger Sister)

(Foster Child)



Yana
(My Mind)

Wani
(My Mumy)

Wiwi
(My Soul)

Powered by Blogger.

Masa Membina Kebahagiaan

Yeah!! Mood in holiday....kira aku ni asyik berjalan je la ye? Entah la...hahhaaa....Sabtu aku kira stay rumah..tapi petang tu lepak dataran....Ahad..aku kira aku telah terjebak dengan satu aktiviti iaitu SHOPPING!!! yeah!! dan tak lupe wayang....dan siang tadi....em....lepak-lepak Rengit Coffee kat nun tgh bandar Batu Pahat tu, boleh lak lepas tu aku pegi BP Mall main bowling (next week ada tournament) ...So, siapa kata aku tak boleh bina kebahagiaan aku? Aku mampu membina semula kebahagiaan aku...Walau ianya telah roboh dan musnah!  heheheee.. Kita review barang apa yang aku telah borong hari Sabtu...tu..


taaaadaaaa...kasut sampai dua pasang.....erkkkkk???? ok la tu... sebenarnya tak plan pun nak beli...tapi... =) membeli tu membahagiakan...hahaa....

Ni aku nak cerita sikit pasal hobi semenjak dua menjak ni sewaktu tengah malam....macam seram je...Bukan apa, ada satu game yang selalu aku main...Nak tahu apa?? Taaaaadaaa..


ini lah dia....POOL...hehehe...serius..memang gian main POOL ni..mula-mula tak pandai...lama-lama.....hehehe......jari-jari ini semakin handal dengan skill yang hebat-hebat.. mula la ni riak bangga diri..hahahaa

Mata dah mengantok...oh ya....cuti ni aku dah buat lagi kek coklat...dan feedback nya cukup memberangsangkan..terima kasih kepada tukang-tukang rasa.. =) Pandai kalian menghargainya... =) Oklah, time to sleep...dah mengantok... selamat malam alam semesta....=) ZzZzzzZZzzzZzZzzz


Second Midterm Break!!

Wa...macam haven sangat-sangatkan tajuk entry kali ini...Mestilah...cuti kali kedua untuk sem ni...Buat pertama kalinya UiTM bagi cuti dua kali.....apa kes??? Nak tahu?? Sebab UiTM ada pelajar Sabah dan Sarawak.. dan mereka meraikan HARI GAWAI....heheheee..jadi yang yang kene tempias untung tu la...(termasuk aku)


Sempat lagi kan aku post entry ni..Mana taknye..bas aku pukul 2.30..dalm sejam setengah lagi aku dah dalam perut bas...tapi duk terpacak depan lappy menaip tah pape bagai....hehehe...Hati suka...girang..dah dekat sebulan tak jumpa mama abah....mau tak rindu..kalau hari-hari aku mimpi mereka berdua..tu tandanya aku ni dah HOMESICK!!

Tapi...tula...CUTI-CUTI JUGAKASSIGNMENT BERLAMBAK!!...dengan naik cuti ni penuh dengan presentation, second test, dan FINAL EXAM!!!! GLUP!!! 

So...apa apa pun...enjoy your holiday!!! hehehe....


Lalalalaa..lalala.a.a..a..hehhehee

4 Thing To Free Yourself From Sad


Try listening with the silence of the heart. 

Listen with no judgements. Listen without answering with the voice in your head. Go beyond outer appearances and listen to the message within. Listen lovingly with the silence of your heart. Listen deep into your heart and try to figure out what you want. When you hear your voice, you will know what happen on you. 

Try making a difference in people’s life. 

Nothing is more noble than doing something for others and making a difference in their live. It may simple as taking over a chore from your spouse or parents without being asked to, surprising your loved one with flowers or even delivering gifts personally to the old folk’s home. Do something that make others people happy is amazing and wonderful thing. Try it! Because when you see the person happy, you will also happy. 

Try allowing yourself to live instead of exist. 

Make a list of all things you want to do in your lifetime such as buy DSLR, go holiday, buy branded clothes or handbag, or other else. Besides that, be creative with it. For example, live your dreams confront your fears and challenge yourself. Cross off the items on the list after you have done it. It just looks like your wishes list. Experiment. You will find more bounce in your step and joy in your life! 

Try speaking with fullness of the heart. 

Yeah! Speak the gentle truth and with fullness of the heart. No lie word came out from your mouth. If yes, it will kill your life. Remember this word? “Speech is a powerful human tool and tongue is sharper than sword”. By words, you can control the world. Use love, kindness and sincerity in your speech and it will return to you a thousand-fold!


Finally..

You will get your happiness!!

p/s: InsyaAllah, I will get back my happiness!! Amin...

Trip ke Yakult



To be honest aku tengah demam...Tapi digagahi juga untuk menaip entry ini.. Entry kali ini aku nak cerita mengenai trip kelas aku ke YAKULT yang superb!!! dan REMBAU KRISTAL...Kedua-dua tempat ni di sekitar Seremban.. 

Actually, trip ini under subject OPM kelas aku..dan aku menjawat jawatn Setiusaha (dpd waktu zaman sekolah sampai zaman diploma hingga ke degree) tu jelah jawatan yang selalu aku sandang...Ketua project kawan baek aku..jadi kami berdua bekerjasama bersama seluruh kelas BM 223 2A untuk menjayakan lawatan ini. 

Untuk lawatan YAKULT...memang layanan yang tebaek..dan mantap!! Memang tidak akan sia-sia kehadiran kalian semua ke sana.. Sesi sana dimulakan dalam dewan seminar.. Kira dengar penerangan mengenai YAKULT.. sejenis PROBIOTIK...yang mana adalah sejenis bacteria baek.. Bacteria ini bagus untuk perut..Lebih kurang macam tu la..Satu botol yakult yang kecik itu mengandungi 30 billion bacteria yang baek.. Bayangkan 30 billion yang masuk perut kita taw..heehehehee...jangan risau..bacteria baek..


Lepas sesi penerangan..kami diberi minum Yakult Ace Light.. Produk yakult ini cume ada dua je..Yakult Ace dan Yakult Ace Light.. yang light kurang gula..tapi lagi mahal berbanding ace sebab proses pembuatan dia lagi rumit...Yakult ini bestnya tak gune segala macam pewarna, pengawet, stabilizer dan macam-macam lagi benda yang tak patut untuk produk kesihatan.. Itu yang istimewanya..sebab tu Yakult ini bagus... =)

Lepas itu, kami dibawa untuk melihat bagaimana proses pembuatan    Yakult ini.. memang superb la teknologi yang digunakan...serius..korang akan kagum..dan yang paling mengejutkan ialah cuma ada 40 orang pekerja sahaja dalam manufacturing.. Kagum kan?? Teknologi sekarang memang hebat..

Lepas tu, kami ditawarkan untuk membeli YAKULT dengan harga sedikit murah.. Aku pun beli gak..tapi sampai sekarang tak habis lagi..sebab perut aku tak tahan..asyik meragam..hahahaa...
 Jom kita tinjau gambar.. dan minta maaf tiada gambar sewaktu sesi lawatan operasi pembuatan sebab tidak dibenarkan.. =)










SURVIVAL MAHASISWA

Macam gempak je kan nama program ni.. SURVIVAL MAHASISWA..masa mula-mula tahu program ini diwajibkan keatas semua pelajar degree...aku dah berura-ura tak mau pergi... Ala maklumlah....aku ni tak suke tempat ramai-ramai... Al kisah nak dijadikan cerita memang kene pergi la kan..Abes 20 buah bas angkut kami semua daripada UiTM Bandaraya Melaka ke Dewan Taming Sari (UiTM Lendu)....lebih kurang 900 orang rasanya..Fuh!! ramai tu...satu dewan penuh..

Mula-mula masa aku dengar nama program ini aku cakap apa??? Nak tahu?? hehehe..jangan gelak..

"Program apa ni?? Bunuh-bunuh orang aey?? Kite tengok sape yang boleh hidup aey??"

Punyelah tak logik otak aku pikir masa tu.....haaha....Sesi kami sesi terakhir...sebelah petang...tapi pukul 10.30 pagi dah diminta berkumpul untuk ambik kehadiran dengan makanan bagai.. Sampai dewan around kul 12.30..bukan jauh pun..dekat je...makan tengah hari...then masuk dewan solat berjemaah..yang ni aku memang respect la.. Dewwan Taming Sari dibina menghadap kiblat..jadi..kami yang seramai alam itu solat berjemaah ramai-ramai dalam tu...

Lebih kurang pukul 2 suku sesi bermula...Serius aku suka pegi program ni.. Memang tak menyesal..Penceramah import daripada INDONESIA....memang terbaek!!! laaaaa...10 bintang..hehehe... Pengisian lebih kurang mengenai jati diri kami sebagai warga UiTM yang mana berperanan mempertahankan maruang bangsa dan tanah  air..Segala sejarah semua dibongkar..

Sesi kedua mengenai alam semesta.. Yang ini aku memang rasa yang ALLAH ITU MAHA BESAR...bagaimana keadaan alam semesta itu berlaku dengan apa yang telah diceritakan di dalam al-Quran.. memang aku tak tergambar betapa indah dan kagumnya terhadap pencipta.. terasa betapa kerdilnya aku sebagai hambaNya..

Sesi ketiga..yang ni mengenai dosa dan pahala..tanggungjawab kita terhadap pelajaran..terhadap ibu bapa...(siapa yang tak menangis tu memang hati batu kayu beku kaku) Aku rasa banyak manfaat dalam program ini yang aku dapat... itu jelah yang aku nak kongsi..Jom kite tinjau apa yang berlaku...

Waktu sesi pendaftaran

Wahida and Yana OTW nak pergi

Wani dan saya...OTW nk pergi

Lepas solat..saje pose

ramaikan...view dpd belakang

Muke keletihan..hahaa..OTW balik


Doa Penenang Hati



Laailaha illallahul 'aziimul haliim laailaha illallahu rabbul 'arsyil 'aziim laailaha illalahu rabbus samaawaati wa rabbul ardhi wa rabbul 'arsyil kariim.

"Tiada tuhan selain ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Lemah Lembut. Tiada selain ALLAH. TUHAN 'arasy yang Agong. Tiada tuhan selain ALLAH. TUHAN langit dan bumi dan TUHAN 'arasy yang Pemurah."

"Yaa hayyuu yaa qayyum birahmatika astaghits"
"Wahai TUHAN yang Hidup yang Kekal. Dengan Rahmat-MU aku memohon pertolongan-MU."

Janganlah bersedih..Tenangkanlah hatimu..

Rambut Warna Perang Semulajadi



Tension....sapa kata memiliki rambut perang ni best.......entry ni aku kira menjurus kepada diri aku. hahhaa...yela...daripada kecil lagi orang duk kata kenapa rambut aku perang..sampai sekarang ni.. Flashback waktu aku darjah 1. zaman sekolah rendah... waktu tu aku jadi ketua darjah tolong cikgu angkat buku..tiba-tiba guru kelas aku tanya, "eh mira, awak warnakan rambut ke?" cepat-cepat aku jawab "mana ada cikgu. saya kecik lagi kot.. takkan nak warnakan rambut".  

Sampai la ni umur aku 22 tahun pun, siapa-siapa yang nampak rambut aku (kawan perempuan) pasti akan tegur macam ni "warna rambut ke?" Adakah patut???? semestinya TIDAK!!! ....inilah warna rambut original aku....memng perang,... semakin panjang semakin perang...tension....nak warna hitam...tapi masih bersyukur dengan kurniaan daripada Allah....

Otak Kiri atau Otak Kanan?


Yea..apakah itu??? dulu aku belajar subjek Ayah Agi masa diploma.. Subjek tu namanya Critical Thinking.. hemisfera kiri la...hemisfera kanan la..atau nama lain adalah hoka dan hoki......macam-macam la...tapi aku bukan nak cerita apa yang aku belajar dulu..aku nak cerita apa yang aku pelajari sekarang..

Dulu otak kanan aku je yang banyak berfungsi..Kira aku ni sastera la..walaupun zaman sekolah aku ambil segala bagai add math la, fizik la, kimia la, civil engineering la.. tapi zaman diploma aku penuh dengan dunia seni dan sastera..jadi bila aku tiba-tiba menggunakan otak kiri yang agak dah lama berkarat ni..alahai...jenuh aku nak asah bagi tajam balik..Jom baca bawah ni:

Fungsi otak kanan berkaitan dengan:
Imaginasi
Berfikir secara kreatif
Irama
Khayalan
Emosi
Ilham
Intuisi (gerak hati)
Warna
Muzik
Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.

Fungsi otak kiri
Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
Menyimpan data dan fakta
Menganalisis
Memahami logik, bahasa dan matematik


Otak hemisfera kanan mengawal bahagian kiri
badan manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan.

Jadi kesimpulannya, otak kanan lebih kepada kreativiti dan selalunya dikaitkan dengan orang yang menggunakan tangan kiri (kidal)..tapi tak semestinya la..
manakala otak kiri lebih kepada pengiraan, sistematik dalam mengatur pelan perancangan (macam main catur)…namun kedua-duanya mempunyai saling kaitan dan manusia menggunakan kedua-dua belah otaknya untuk berfikir secara optimum.




Merah Itu Handsome

MERAH
Merah itu cantik..penuh dengan segala element. Merah dikatakan berani...tegas...berkeyakinan dan macam-macam lagi.. Merah dari segi persepsi jiwa pula adalah cinta..merah melambangkan rasa cinta...gelodok jiwa....(betul ke ape aku tulis ni)

Ada satu lagi bagi aku....merah itu handsome, awesome, dan gorgeous..  sometimes kalau kite mengenakan sesuatu ditubuh kita dengan warna merah, kita akan rasa berkeyakinan dan tentu sekali nampak cantik...padankan merah dengan putih....pasti bertambah menarik... 

Jujurnya aku suka lelaki pakai t-shirt merah...suke tengok je ok..bukan suka orangnya...hahhaaa....jangan salah faham ayat kat atas ni... okey kite review apa yang dikatakan dengan warna merah mengikut sudut pandang psikologi warna..


MERAH

Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyut nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

Merah Terang 
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. 
Sifatnya : Agresif, Aktif, Eksentrik. 
Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh ghairah, semangat, dominasi, kelakian. 

sekadar gambar hiasan