Hampir dua bulan aku cuti sem.. Cuba untuk mencari kekuatan setelah macam-macam yang aku lalui untuk memulakan serta menamatkan sem satu degree aku ni. Semuanya berakhir dengan kesedihan.. Tapi aku tahu Allah menduga hambaNya kerana Allah saying akan hambanya.. Aku insan terpilih dan seharusnya rasa bersyukur kerana diduga. Ada hikmahnya semua yang berlaku. Mengajar aku untuk terus tabah, sabar, kuat, serta menjadi satu pengajaran yang bermakna buat aku.. Hilang bukan atas kerelaan dan kemahuan aku...walau hadir atas keinginan aku...Yang tersurat dan tersirat berkehendak sebegitu.. Tapi bebas di dunia belum tentu bebas di akhirat..Walau masih teguh dan utuh...namun takut benci dan kecewa bertandang..lalu bertukar menjadi dendam...semua atas kemahuan dan keinginan kau..