Hello guys, welcome to my blog. This blog only just for story morie about my happy or sad life
Cute Blue Bow Tie Pointer

What Was I Wrote





(My Dad)

(My Mom)

(My Brother)

(My Younger Sister)

(Foster Child)



Yana
(My Mind)

Wani
(My Mumy)

Wiwi
(My Soul)

Powered by Blogger.

Budget 2013 - Malaysia



Alhamdulillah aku selamat tiba tgh hari tadi di rumah.. Tapi satu benda yang aku baru sedar bahawa hari ni 28 sept. 2012 adalah perbentangan belanjawan 2013... hehee...kalau aku tak buka TV, maknanya aku tak tahu la... =D bagus juga aku balik minggu ni.. =) (nampak sangat isu semasa aku abaikan). 

Bajet 2013 ni memperuntukkan sebanyak 251.6 billion ringgit, bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan, menumpukan kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Aku pun malas nak taip banyak-banyak. Jadi setelah aku baca semua teks ucapan PM, maka dapat aku simpulkan bahawa bajet 2013 telah diperuntukkan seperti berikut:

Fokus 1 : Merangsang Aktiviti Pelaburan
- 1.5 Billion projek pertanian
- 500 juta projek River of Live (indahkan sungai klang)
- 300 juta bagi pemulihan rangkaian paip
- Dana Strategik Pelaburan Domestik bernilai 1 Billion 
- Dana 1 Billion di bawah PKS
- Elaun cukai pelaburan 100% untuk tempoh 10 tahun 
- Pertambahan kawasan jelapang padi untuk menjamin bekalan makanan dengan kos 140 juta ringgit
- 230 juta insentif tangkapan ikan dan bayaran elaun bantuan sara hidup nelayan.
- 300 juta ringgit pembaikan rumah nelayan
- 41 juta ringgit untuk projek AZAM TANI yang memberi manfaat  kepada 6730 peserta.
- 9 billion ringgit daripada nilai infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada Bumiputera.
- 350 juta ringgit untuk TEKUN yang mana 50 juta dpdnya untuk masyarakat India.


Fokus 2 : Memperkasa Pendidikan dan Latihan
- Sebanyak 38.7 Billion ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan membangun, antaranya:
- 500 juta untuk meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek teras 
- 1 billion ringgit untuk Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelanggaraan Sekolah 
- 400 juta disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan
- 100 juta disalurkan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
- 100 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
- 100 juta kepada sekolah Mubaligh
- 100 juta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
-100 juta Sekolah Berasrama Penuh
- 100 juta Maktab Rendah Sains Mara
- 3.7 billion ringgit bagi melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional
- 200 juta diperuntukkan untuk menubuhkan Graduate Employability Taskforce 
- 440 juta diperuntukkan untuk Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
- 366 juta bagi menaik taraf serta pembelian peralatan Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara
- 50 juta bagi melatih 3200 pelajar masyarakat India


Fokus 3 : Membudaya Inovasi, Meningkatkan Produktiviti
Harta Intelek Sebagai Cagaran
-Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah 200 juta
- Peruntukan 19 juta bagi program latihan penilaian harta intelek tempatan
Penyelidikan dan Pembangunan
- Memperuntukan 600 juta kepada 5 buah universiti penyelidikan bagi menjalankan pemyelidakan berimpak tinggi.


Fokus 4 : Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam
- Menyelaraskan semula pencen pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun dengan menaikkan pencen minimun dpd 720 ringgit kepada 820 ringgit
- Caj pemprosesan pasport di kurangkan 50% daripada 300 kepada 150 ringgit bagi warga emas.
- Caj pemprosesan pasport dikurangkan kepada 80ringgit bagi tempoh 2 tahun.
-Bayaran insentif khas kepada semua pegawai dan anggota ATM dengan kadar 200 ringgit sebulan.
- Sumbangan 1ribu secara one off kepada bekas tentera yang bersara awal.


Fokus 5 : Mensejahterakan Rakyat
- 591 juta diperuntukkan bagi mewujudkan kejiran yang selamat dan harmoni termasuklah dengan menambah bilangan perjawatan baru PDRM dan menubuhkan Unit Rondaan Bermotosikal bagi memantau kawasan perumahan.
- 276 juta ringgit diperuntukkan untuk SPRM  bagi membenteras rasuah.
- Peruntukan orang asli pula adalah: 1 .2 billion bagi 441km projek jalan luar bandar, 1.6 billion untuk projek infrastruktur utiliti luar bandar bagi projek bekalan air, dan 137 juta bagi pembiayaan Projek Desa Lestari.
- 20 juta ringgit tambahan bagi 70 buah klinik 1Malaysia
- 100 juta ringgit bagi membaik pulih 350 buah klinik di seluruh negara.
- 150 buah mesin dialisis di pusat hemodialisis kerajaan di seluruh negara.
- 50 juta ringgit bagi menyokong dwi peranan wanita
- Bagi sukan, kerajaan memperuntukan 15 juta bagi mempersiapkan para atlet.
- 80 juta ringgit bagi membina velodrom di Seremban
- Rebet 200 ringgit secara one off bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G yg terbuka kepada belia berumur 21-30 tahun berpendapatan bawah 3000 ringgit.
- 1.9 billion ringgit bagi membina 123 ribu unit rumah
 - Bagi Rumah Mesra Rakyat, SPNB akan membina 21000 unit rumah 
- Bagi bantuan dan insentif rakyat, dengan memberi BR1M 2.0 dimana kriteria sama seperti BR1M 1.0.
-Bantuan 250 ringgit kepada bujang 21 tahun keatas yang berpendapatan bawah 2000 ringgit.
- 1.5 billion ringgit bagi menstabilkan harga minyak maska di pasaran.
- Penghadangan 1300 ringgit dalam akaun ke 2 bagi pencarum KWSP untuk menunaikan Haji.
- Rebet tunai 10ribu kepada pengusaha bas sekolah dan insuran  kemalangan diri bagi murid sekolah 

-Bagi mengurangkan kos pembelajaran, pelajar:
- Bantuan persekolahan 100 ringgit kepada pelajar sekolah rendah dan menengah
- Baucar buku 1 Malaysia kepada pelajar IPTA/IPTS sebanyak RM250
-Bagi Pinjaman PTPTN:

- Diskaun 20% bagi pembayaran pinjaman sekali gus (sehingga 30 September 2013)
-Diskaun 10% setahun bagi pembayaran pinjaman secara konsisten

- Sebanyak 100 pusat internet akan ditubuhkan bagi Program Jalur Lebar untuk Rakyat Termiskin di Bandar yang menelan belanja 150 juta ringgit.
- Bonus 1 1/2 bulan gaji kepada penjawat awam.



Sekian untuk kali ini..kalau nak baca atau nak tahu dengan lebih lanjut boleh baca teks PM masa beliau bentangkan bajet 2013 petang tadi.. =)



note: banyak salah eja maafla..nk cepat masa taip senarai bajet ni.. =)


Sekali lagi.....sampai bila...bermimipi di malam hari? Cukuplah dengan perasaan.. Jangan didera minda....

PRIVASI MANUSIA



Aku tak tahu nak mula dari mana waktu aku tulis. Aku tak tahu apa yang tersirat dalam hati aku saat ini.. Ada rasa marah...ada rasa geram..ada rasa benci..dan ada rasa yang membuatkan aku rasa aku seorang insan yang keseorangan.. 

Kita ada privasi diri kita yang manusia lain tidak boleh cerobohi.. Kita ada hak untuk mencantas setiap apa yang menggugat hak kita.. Maka, aku ada hak untuk MEMBANTAH, MEMBANGKANG setiap kali aku rasa privasi aku diganggu gugat!. Tidak kiralah saudara mahupun sahabat, jika mereka mengganggu gugat ketenteraman privasi anda semua..maka....sewajarnya anda bersuara..

Hidup kita ada peraturan...walau peraturan itu tidak bertulis..tapi secara harfiahnya...kita tahu hidup ini ada ADAB...Maka, jadilah manusia yan beradab agar tidak menceroboh privasi manusia lain. 


Princess!


Back to School! Eh silap! Back to U!


Alhamdulillah akhirnya jenguk gak aku ke blog ni..macam agak lama terbiar terbengkalai la katakan...Entry kali ni berkisar mengenai sem baru aku.. Kalau dikira dah seminggu aku mulakan sem baru.. Alhamdulillah..sem baru kali ni aku cuba tanamkan azam dan usaha yang lebih. Okey setelah seminggu aku mulakan sem baru entah macam manalah kan satu hari tu..pada petg yang indah..aku masuk kelas Personal Development yang mana lect yang akan mendidik kelas kami adalah seorang PM (prof. madya). 

Nak dijadikan cerita aku daftar subjek tu tapi tak boleh dftr group kelas aku...kuota penuh..jd kene tgu mentor buka kuota daftr.. Maka, bermulalah sesi PATI..Yang aku pelik nye aku jadi sasaran.. Sebab aku PATI (Pendatang tanpa izi). Dalam senarai lect ada 30 orang tapi bila lect kira-kira macam lebih je..maka lect pun mula la menyebut satu persatu nama yg ada...Last sekali lect kali "NAMA YANG TIDAK DISEBUT SILA KELAUR" fuh! berderau darah aku..aku ni lak tah macam mana lah mulut boleh bising kali tu...sibuk la aku cakap tu la ni lah..bagi alasan..tak mau kuar...last2...PM kata okey..stay dulu...

Tapi bila time suggestion sape nk jadi class rep tah mcm mana tah member depan aku sebut nama aku..Alamak...dah la aku ni PATI.. Bab-bab class rep ni yg aku duk cukup menyampah! PM boleh siap kata "kalau awak ank masuk kelas saya, jadi class rep..haiyooooooo....ambik kau..jenuh la aku buat muke terkulat2..last sekali kenalah terima.....tetttttt. Maka bermulalah satu tanggungjawab yang aku kira berat! Bukan berat sebab kena buat kerja tapi berat tuk menjaga hati orang lain (38orang) yang ada macam-macam ragam... tapi aku terima sebagai satu cabaran.. =)

Dan aku kira..aku dah mampu teruskan perjuangan hidup aku..Otak aku dah bersedia sepenuhnya untukmelepaskan apa yang telah berlalu..walau masih bersisa.. =) 

-note: aku tak pernah pakai jubah, last kelas jumaat ri tu pakai then budak2 dlm kelas buat kecoh pagi2...bila nmpk aku pakai jubah..haha..... =)