Hello guys, welcome to my blog. This blog only just for story morie about my happy or sad life
Cute Blue Bow Tie Pointer

What Was I Wrote





(My Dad)

(My Mom)

(My Brother)

(My Younger Sister)

(Foster Child)



Yana
(My Mind)

Wani
(My Mumy)

Wiwi
(My Soul)

Powered by Blogger.

Supplement Tambahan

Seminggu telah berlalu bagi permulaan sem 4.. Alhamdulillah...semua berjalan lancar walaupun kesihatan agak terjejas.. Entry kali ni dura nak share sesuatu dgn readers yang baca blog ni. Disebabkan badan dura ni selalu je sakit, lemah..maka..di atas nasihat seorang ibu kepada anaknya.....dura disuruh untuk mengambil supplement tmbahan.. Jadi mama suruh dura ambil susu..nak tahu susu apa? 

 Inilah dia susunya.... Enercal Plus.. susu ni mempunyai rumusan berkhasiat dan seimbang...katanyalah kan...selain itu susu ni membantu badan kita agar sentiasa sihat, cergas, dan energetic! Rasa susu ni sedap...dan tawar....walaupun tawar, tapi susu ni baunya wangi..sebab perasa vanila yang dura ambil. Dura minum kebiasaannya selepas solat magrib.. Harga untuk tin kecil ni...berharga...dalam RM 31....rasanya kalau minum dua kali sehari..boleh tahan dalam seminggu ke dua minggu.. macam tulah. 

Selain daripada susu ni, dura juga mengambil supplement tambahan yang lain iaitu satu produk keluaran catalyst..Dura ambil collagen untuk kesihatan dan kecantikan dalaman.. Harga untuk produk ni lebih kurang RM 59.90... Nak tahu produknya macam mana? Jom tgk bawah ni..



Inilah dia produk tersebut.. Dura ambil dengan jus buah-buahan ataw air suam.. seeloknya minum sewaktu hendak tidur...Collagen ini membantu untuk membaik pulih semula cell kulit yang telah mati dan memberikan kesihatan dari segi dalaman lantas menunjukkan kesan terhadap luaran.. Ini yang dura nak share untuk entry kali ni...Oklah...nak ke kelas...jumpa lagi entry seterusnya..

Mari Belajar Camera! (Paparan Gambar)






v Paparan Gambar (Framing of the Shot)
1) Ruang di dalam skrin dan di luar skrin iaitu (offscreen dan onscreen).

2) Sudut kamera, ketinggian kamera, jarak kamera.

3) Pergerakan kamera atau lebih dikenali sebagai (Camera movement).


v Aspek pertama (Onscreen dan Offscreen).

· Maksudnya jika kamera meninggalkan objek atau seseorang karekter dan bergerak ke satu tempat lain, kita akan tahu (assume) bahawa objek/orang tersebut masih berada di tempat tersebut iaini di luar frame yang kita perhatikan.


v Aspek yang kedua (Angle).

· Terbahagi kepada 3 jenis sudut kamera.
1) Straight angle

2) High angle

3) Low angle

· Straight angle ialah sudit kamera secara menegak.

· High angle pula sudut kamera iaini posisi kita melihat ke arah bawah.

· Low angle ialah sudut kamera iaini posisi kita melihat ke arah atas.

· Sebenarnya sudut-sudut ini membawa maksud yang tersendiri (mise en scene).

· Sebagai contoh, framing dpd (low angle)sebenarnya menunjukan karekter tersebut kuat dan berkuasa.

· Manakala framing dpd high angle pula menujukkan karekter tersebut (dwarfed/defeated)_______________.


v Aspek yang ketiga (Distance) Jarak.
· Jarak kamera ialah posisi shot diantara objek dengan kamera tersebut.

· Terdapat 7 jenis posisi shot

ELS, LS, MLS, MS, MCU, CU, ECU

· (Long Shot & Extreme Long Shot)

Ø Teknik ini digunakan untuk agar penonton boleh melihat secara keseluruhan (frame) tersebut untuk mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

· (Medium Close Up & Close Up)

Ø Teknik ini digunakan untuk memaparkan karekter/emosi pelakon tersebut agar audien boleh merasai dan memahami situasi tersebut.

v Aspek yang terakhir pergerakkan kamera.

· Pergerakan kamera antara kamera dengan image dan framing objek tersebut berubah.

· Terdapat beberapa jenis pergerakkan kamera.

PAN, TILT, TRACKIG, DOLLY, CRANE

· Sebenarnya pergerakkan kamera boleh mencetuskan sesuatu emosi dan situasi seperti mencemaskan, mendebarkan, menakutkan agar audien merasai jalan cerita tersebut.


First Artikal dalam Majalah!



hooreyyyyy!!! Alhamdulillah..baru tahu...tersiar dekat majalah cahaya keluaran jakim.. =)