Hello guys, welcome to my blog. This blog only just for story morie about my happy or sad life
Cute Blue Bow Tie Pointer

What Was I Wrote





(My Dad)

(My Mom)

(My Brother)

(My Younger Sister)

(Foster Child)



Yana
(My Mind)

Wani
(My Mumy)

Wiwi
(My Soul)

Powered by Blogger.

Shopping Raya!


Penatnya malam ni...Alhamdulillah..selesai belikan keperluan raya mama abah..kira lengkap kot dah..barg dapur semua dah beli...baju kurung dgn baju melayu abah mama pun tgl ambik dpd tempahan...then td pun seluar, kemeja, t-shirt, kasut, beg untuk mama n abah pun dah settle. Puas hati dah..boleh buat diaorang tersenyum.. =D

Ingat dulu masa kecik-kecik..mama abah akan bawak anak-anak dia pegi shopping raya...Masa tu serius aku kagum dengan abah! Sebab abah banyak bekorban..Abah jarang beli barang dia sendiri... dia akan pastikan anak-anak serta mama dapat semua serba baru...Sebab tu tadi aku shoppingkan abah punye barang banyak! Mama pun sama gak.. =) Penat gak la dalam Pacific BP Mall  tu...daripada rak kasut ke satu rak kasut...dpd rak beg ke satu rak beg...lepas tu dpd rak seluar ke rak baju dan lain-lain.. 

Aku kalau boleh nak ringankan beban diaorang..InsyaAllah ada lepas habis study nanti aku akan lebih balas jasa mama abah.. =) love both of you.. =) 

p/s: baju sendiri tk de lagi sebab td tk sempt.. =) em...warne ape nk beli thun ni? em... =) red?? maybe?? Esok Allah bagi cuti.. =D jd boleh shopping baju sendiri ni..tk pent.. =)

Result UiTM

Congratz to all UiTM Student! Mana yang result gempak mencecah LANGIT, teruskan sehingga ke bulan.. =D Mana yang setinggi bangunan KLCC, usaha lagi....dan mana yang separas JAMBATAN..jangan risau..masih ada harapan.. =)

susah sebenarnya bila kita dah biasa dengan pendorong kita selama ni tiba-tiba pendorong kita tak mahu dorong kita lagi..tak pe, still bersyukur.. improved sikit...tgl kene berganda lagi usaha.. =)

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga Kasih Ayah Sepanjang Zaman






Waaa...tak sangka..dah nak masuk 13 Ramadhan malam 14 terawih..Alhamdulillah...tak pernah ponteng lagi...ni first entry tuk Ogos.. Semua orang mesti tahukan Ogos means MERDEKA! yeahh!! =D Tapi.. sejauh mana rakyat di Malaysia kenal erti Merdeka?? Renung dan fikir-fikirkanlah...=) Tapi entry kali ni bukan pasal merdeka.. Cube teka tuan tanah nak kongsi mengenai apa?? Input yang berguna untuk kita fikir dan muhasabah diri tuan tanah juga.

Ibu bapa...dua aset anak-anak yang paling berharga... Tanpa ibu dan bapa kita..kita takkan diberi peluang oleh Allah untuk bernafas di muka bumi Allah ini.. Ramai anak-anak yang berjaya tapi lupa balas jasa ibu bapa....makan sedap-sedap tapi langsung tidak terfikir apa yang ibu dan ayah kita jamah untuk alas perut mereka.. 

Ingatlah wahai anak-anak di luar sana, termasuk diri aku sendiri.. bahawa kita dikandungkan selama 9 bulan 10 hari di dalam perut ibu kite yang mana benihnya bercambah daripada ibu dan ayah kita... Malah ibu kita telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita.. Ayah pula bersusah payah mencari sesuap nasi untuk diberikan kepada kita.. Tapi apa yang kita balas? Renungkan lah balik apa yang kita telah lakukan kepada ibu ayah kita.. Sempena bulan Ramadhan ni...ambillah kesempatan untuk mengucup pipi kanan dan kiri mereka..serta dahi mereka...sayangi mereka...sementara masih ada.. Buanglah sikap kita yang angkuh, bongkak, dan kedekut pada ibu bapa kita.. InsyaAllah hidup kita akan diberkati Allah S.W.T.. Jangan lupa berdoa untuk ibu bapa kita..

p/s: Alhamdulillah dapat belanja barang2 dapur untuk ramadhan dan syawal.. tgl carikan sepasang dua baju baru untuk bonda dan ayahanda..sempena syawal..