Hello guys, welcome to my blog. This blog only just for story morie about my happy or sad life
Cute Blue Bow Tie Pointer

What Was I Wrote





(My Dad)

(My Mom)

(My Brother)

(My Younger Sister)

(Foster Child)



Yana
(My Mind)

Wani
(My Mumy)

Wiwi
(My Soul)

Powered by Blogger.

Rambut Warna Perang Semulajadi



Tension....sapa kata memiliki rambut perang ni best.......entry ni aku kira menjurus kepada diri aku. hahhaa...yela...daripada kecil lagi orang duk kata kenapa rambut aku perang..sampai sekarang ni.. Flashback waktu aku darjah 1. zaman sekolah rendah... waktu tu aku jadi ketua darjah tolong cikgu angkat buku..tiba-tiba guru kelas aku tanya, "eh mira, awak warnakan rambut ke?" cepat-cepat aku jawab "mana ada cikgu. saya kecik lagi kot.. takkan nak warnakan rambut".  

Sampai la ni umur aku 22 tahun pun, siapa-siapa yang nampak rambut aku (kawan perempuan) pasti akan tegur macam ni "warna rambut ke?" Adakah patut???? semestinya TIDAK!!! ....inilah warna rambut original aku....memng perang,... semakin panjang semakin perang...tension....nak warna hitam...tapi masih bersyukur dengan kurniaan daripada Allah....

Otak Kiri atau Otak Kanan?


Yea..apakah itu??? dulu aku belajar subjek Ayah Agi masa diploma.. Subjek tu namanya Critical Thinking.. hemisfera kiri la...hemisfera kanan la..atau nama lain adalah hoka dan hoki......macam-macam la...tapi aku bukan nak cerita apa yang aku belajar dulu..aku nak cerita apa yang aku pelajari sekarang..

Dulu otak kanan aku je yang banyak berfungsi..Kira aku ni sastera la..walaupun zaman sekolah aku ambil segala bagai add math la, fizik la, kimia la, civil engineering la.. tapi zaman diploma aku penuh dengan dunia seni dan sastera..jadi bila aku tiba-tiba menggunakan otak kiri yang agak dah lama berkarat ni..alahai...jenuh aku nak asah bagi tajam balik..Jom baca bawah ni:

Fungsi otak kanan berkaitan dengan:
Imaginasi
Berfikir secara kreatif
Irama
Khayalan
Emosi
Ilham
Intuisi (gerak hati)
Warna
Muzik
Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.

Fungsi otak kiri
Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
Menyimpan data dan fakta
Menganalisis
Memahami logik, bahasa dan matematik


Otak hemisfera kanan mengawal bahagian kiri
badan manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan.

Jadi kesimpulannya, otak kanan lebih kepada kreativiti dan selalunya dikaitkan dengan orang yang menggunakan tangan kiri (kidal)..tapi tak semestinya la..
manakala otak kiri lebih kepada pengiraan, sistematik dalam mengatur pelan perancangan (macam main catur)…namun kedua-duanya mempunyai saling kaitan dan manusia menggunakan kedua-dua belah otaknya untuk berfikir secara optimum.




Merah Itu Handsome

MERAH
Merah itu cantik..penuh dengan segala element. Merah dikatakan berani...tegas...berkeyakinan dan macam-macam lagi.. Merah dari segi persepsi jiwa pula adalah cinta..merah melambangkan rasa cinta...gelodok jiwa....(betul ke ape aku tulis ni)

Ada satu lagi bagi aku....merah itu handsome, awesome, dan gorgeous..  sometimes kalau kite mengenakan sesuatu ditubuh kita dengan warna merah, kita akan rasa berkeyakinan dan tentu sekali nampak cantik...padankan merah dengan putih....pasti bertambah menarik... 

Jujurnya aku suka lelaki pakai t-shirt merah...suke tengok je ok..bukan suka orangnya...hahhaaa....jangan salah faham ayat kat atas ni... okey kite review apa yang dikatakan dengan warna merah mengikut sudut pandang psikologi warna..


MERAH

Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyut nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

Merah Terang 
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. 
Sifatnya : Agresif, Aktif, Eksentrik. 
Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh ghairah, semangat, dominasi, kelakian. 

sekadar gambar hiasan